Tuesday 14 October 2014

Tawa ceria gadis tak berlengan

Kisah ini boleh dijadikan iktibar bahawa di seluruh pelusuk dunia, ada berbagai manusia yang Allah ciptakan bersamanya ujian dan pakej kehidupan masing-masing. Sekadar untuk menempuh kehidupan di dunia, fitrah semulajadi, akal fikiran dan kekuatan jiwa sahaja pun sudah membolehkan manusia itu mengharungi segala kesusahan dan kepayahan.

Bagaimanalah boleh ada di kalangan orang yang telah bertauhid kepada Allah berputus asa dalam hidup? Jika berlaku demikian, maka sudah tentu ada yang tidak kena dengan tauhid atau aqidahnya!

No comments:

Post a Comment