Monday 27 October 2014

Pemandangan Masjidil Haram sekitar tahun 1947

Pintu Al Abbas
al abbas gate

823497_10152362474268094_1879348501232372315_o

Kawasan Mataf

haram courtyard

Banyaknya burung - dipercayai merpati

haram

Tidak perlu berbaris untuk mengucup Hajarul Aswad

kaba

Bangunan yang di mana sebelah bawahnya terletaknya Telaga Air Zam Zam

zamzam building

Bangunan di dalamnya ada Makam Ibrahim

maqam ibrahim

RAHSIA YANG TERBONGKAR WONG FEI HUNG ADALAH SEORANG MUSLIM




Rupanya Wong Fei Hung Adalah Ulamak Hebat | Wong Fei Hung (Faisal Hussein Wong) ternyata muslim dan ia adalah ulama yang jaguh kungfu dan juga seorang tabib.

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam  filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, watak Wong Fei Hung dimainkan oleh pelakon terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, ahli perubatan dan ahli bela diri legenda yang namanya dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah negara China.

Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan identiti Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi,bila dibahasa Arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli bela diri tradisional Tiongkok (wushu / kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu peringkat tertinggi. Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung.

Kedudukan Harimau Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung. Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik bela diri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu.

Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan keluarga Wong. Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan.

Walau begitu, keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang  dengan sungguh sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Kerajaan Ch’in yang rasuah dan penindas. Kerajaan Ch’in ialah kerajaan yang merobohkan kekuasaan Kerajaan Yuan yang memerintah sebelumnya.

Kerajaan Yuan ini dikenali sebagai satu-satunya Kerajaan Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat pertahankan diri sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan handalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintahan Kerajaan Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan Kerajaan penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kenalinya sebagai Korea).

Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, England, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya menghalau pendudukan Kerajaan Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan bela diri terkemuka.

Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan ilmu  pertahankan diri semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal namun cekap yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan  Jurus Sembilan Pukulan Khusus.

Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jaguh pelabuhan berbadan tegap dan kejam di Canton.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai ujian. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu kejadian pergaduhan dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal  dalam usia muda.

Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk  hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat.

Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang Muslim selain mati Syahid.

Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi Muslim yang hidup setelahnya. .. Aamiin ..

Wallahualam


sumber

Tuesday 14 October 2014

Kisah anak kecil yang melolong seperti serigala

Banyak yang kita boleh belajar dan ambil pengajaran dari kisah anak ini. Sebuah dunia kehidupan yang jarang membuatkan seseorang mampu mengharunginya. Sesungguhnya setiap kejadian itu tidaklah Allah jadikan sia-sia.

Bagi mereka yang susah. rupanya ada orang yang jauh lebih susah. Bagi mereka yang mempunyai kehidupan yang selesa, sesungguhnya, ingatlah! Kehidupan ini bukan hak milik kita. Kita akan dipersoalkan di hadapan Tuhan, apakah kita telah tunaikan hak orang lain di dalam rezeki yang Allah kurniakan?

Tawa ceria gadis tak berlengan

Kisah ini boleh dijadikan iktibar bahawa di seluruh pelusuk dunia, ada berbagai manusia yang Allah ciptakan bersamanya ujian dan pakej kehidupan masing-masing. Sekadar untuk menempuh kehidupan di dunia, fitrah semulajadi, akal fikiran dan kekuatan jiwa sahaja pun sudah membolehkan manusia itu mengharungi segala kesusahan dan kepayahan.

Bagaimanalah boleh ada di kalangan orang yang telah bertauhid kepada Allah berputus asa dalam hidup? Jika berlaku demikian, maka sudah tentu ada yang tidak kena dengan tauhid atau aqidahnya!

Monday 13 October 2014

19 rahsia Kaabah menurut ilmu sains

Berikut adalah 19 rahsia Kaabah yang dapat dihuraikan oleh ilmu sains;

1. Kawasan yang mempunyai graviti paling stabil di planet bumi.

2. Tekanan gravitinya sangat tinggi

3. Tempat berpusatnya bunyi-bunyian yang membina tetapi tidak boleh didengar oleh telinga.

4. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

5. Graviti tinggi bermakna elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

6. Niat  dan suara hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Maka sebab itu perlu perbanyakan niat dan azam yang baik-baik kerana akan memberi kekuatan untuk melakukan perubahan dan peningkatan rohaniah.

7. Suara hati atau rasa hati perlu dikawal. Kena sentiasa berbaik sangka. Berbaik sangka akan menjadi motivasi yang terus terhubung dengan Allah. Berburuk sangka juga akan mudah mendapat 'balasan' atas sikap buruk kita.

8. Pengaruh elektron mengecas semula gelombang dalam diri kita. Gelombang positif akan membentuk perasaan kita kembali bersemangat tinggi, kuat mendorong untuk melakukan ibadat, tidak mudah berputus asa dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah.

9. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

10. Satelit tidak boleh menembusi Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

11. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

12. Sebuah titik pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

13. Tidur dengan posisi dada menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga ke tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

15. Pergerakkan tawaf mengelilingi Kaabah mengikut arah lawan jam akan mengecas tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Semua yang ada di alam ini bergerak mengikut arah lawan jam.

16. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut arah lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah selalunya lebih bertenaga, sihat dan panjang umur

17. Manakala bilangan tujuh itu mempunyai rahsia besar. Tujuh hari seminggu, tujuh petala langit dan tujuh lapisan bumi. Tujuh tingkat syurga dan neraka. Tujuh membawa erti sempurna, besar dan hebat. Menjadikan jiwa besar, kuat dan menuju kesempurnaan.

18. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah.

Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

19. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Dengan sendirinya ia membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sains hanya dapat menyingkap dan menguraikan rahsia yang masih bersifat lahiriah atau fizikal. Rahsia yang lebih luas bersifat maknawiyah dan rohaniah tidak mungkin dapat dihuraikan kecuali hanya sedikit melalui panduan wahyu.

Walau pun begitu, rahsia dan keajaiban yang bersifat maknawiyah dan rohaniah itu adalah berjuta kali ganda lebih banyak berbanding rahsia lahiriah yang cuba dihuraikan oleh ilmu sains. Wallahu'alam.

Suasana Ibadah Haji/Umrah Sekitar Tahun 50an

arriving-by-ferry-at-jeddah-port
Ketibaan jemaah haji yang kebanyakannya menggunakan feri ataupun kapal. Jika dari Malaysia, ianya memakan masa berbulan-bulan lamanya
arriving-by-plane-to-hajj
Bagi yang mampu, mereka menaiki kapal terbang daripada negara berhampiran.

bus-for-hajjis
Sama seperti hari ini, pada masa itu bas merupakan kenderaan utama para jemaah
only-moslems
'Check point' di sempadan masuk kawasan Tanah Haram.
makkah
Pemandangan di kawasan berhampiran dan sekitar Masjidil Haram
Makkah-street
Salah satu jalan masuk ke Masjidil Haram. Seni bina Empayar Uthmaniyyah masih kukuh waktu itu.

masjid-haram-entrance
Salah satu pintu masuk ke dalam Masjidil Haram.

haram
Para jemaah yang melimpah sehingga ke pintu di perkarangan Masjidil Haram.
 
masjid-haram
Pemandangan Baitullah (Kaabah) yang masih belum disaingi oleh pembangunan

kaba-mataf
Ka'abah dari dekat

kaba-door
Para jemaah diberi peluang masuk ke dalam Ka'abah

Screen shot 2014-10-12 at 8.14.55 AM
Tawaf di sekeliling Ka'abah. (Gambar pemandangan begini kemungkinan diambil selepas selesai musim mengerjakan Haji.)

Screen shot 2014-10-12 at 8.15.06 AM
Peniaga yang berniaga di sekitar Mekah

market
Keadaan kawasan perniagaan di sekitar Mekah.

shisha
Berehat sambil menghisap shisha. (Lambang kemewahan waktu itu)

Screen shot 2014-10-12 at 8.15.23 AM
Kereta kuda juga salah satu pengangkutan penting waktu itu.
 
Screen shot 2014-10-12 at 8.15.39 AM
Memilih haiwan untuk korban.

Screen shot 2014-10-12 at 8.15.55 AM
Haiwan korban dibawa ke perkhemahan masing-masing.

Screen shot 2014-10-12 at 8.16.10 AM
Keldai digunakan untuk membawa barangan.

Screen shot 2014-10-12 at 8.16.26 AM
Para Jemaah Haji memasak menggunakan kayu api di Mina.

Screen shot 2014-10-12 at 8.16.34 AM
Menunaikan solat di celah-celah haiwan korban di perkhemahan.

Screen shot 2014-10-12 at 8.16.44 AM
Khemah Jemaah Haji di sekitar gunung Arafah.

Screen shot 2014-10-12 at 8.16.57 AM
Tempat melontar Jamrah.

Screen shot 2014-10-12 at 8.17.09 AM
Bercukur. atau bertahlul

Screen shot 2014-10-12 at 8.17.26 AM
"coca-cola" pun dah sampai waktu itu

Friday 10 October 2014

SubhanALLAH Bayi Dalam Bayi

Afiah Syafina, seorang bayi perempuan berusia 2 bulan, anak dari pasangan Bambang Sarianto & Syarifah yang keduanya berkerja sebagai Guru Sekolah di Tebing Tinggi, Bayi pasangan ini mengalami Perut Buncit, yang setelah dicheck dianggap Tumor yang harus segera dibedah.

Saat pasangan ini menjumpai Prof.dr.Chairuddin P.Lubis, beliau Secara langsung menghubungi Pak Biebie (Rtn.Kentjana Salim) dari Rotary Club Deli Medan.

Rotary Club Deli Medan cepat kesana dan membantu pembiayaan biaya pembedahan dan rawatan di Rumah Sakit Gleni International Medan.

Dengan ditemani oleh Dr.Djeni Bijantoro SBB SPBA, Operasi pembedahan dilaksanakan pada hari Sabtu, 19 Januari 2008 dari jam 08:00 - 11:30

Hasilnya cukup mengejutkan dan ternyata yang disangka Tumor itu adalah Janin berusia 5 bulan!!







Saat ini si kecil Afiah dalam keadaan sihat.

Berikut adalah gambar-gambarnya. Dari Rtn.Paul - Rotary Club Deli Medan

Sumber oopsshmedia.blogspot.com

Lebih 20 Tahun Tinggal Bersama 10,000 Pepijat

Seorang lelaki berusia 80 tahun dipercayai telah pun hidup bersama pepijat di rumahnya selama lebih 20 tahun dan beliau tidak berasa gatal biarpun tidak selesa, menurut sebuah akhbar cina Singapura Lianhe Wanbao.

Untuk membantunya membersihkan rumahnya dari semua pepijat itu, lebih 10 anggota sukarelawan meghabiskan masa lapan jam menyelesaikan kerja-kerja berkenaan.

Warga emas itu tinggal seorang diri di sebuah unit rumah sewa di Redhill dan rumahnya dipenuhi pepijat daripada lantai hingga ke siling dan kelihatan kotor.

Seorang daripada anggota sukarela itu Ms Pan, 44, berkata dia telah menyusunkan tugas 10 sukarelawan itu untuk kerja mengecat dan menggunakan bahan kimia dan peralatan lain untuk memastikan rumahnya bebas pepijat.

Difahamkan terdapat lebih 10,000 ekor pepijat hidup bersama dengan warga emas itu.

Para sukarelawan terpaksa mengikis cat lama dan dicat dengan yang baru bagi memastikan pepijat tidak kembali membiak.

Selain pepijat, seorang lagi sukarelawan berkata terdapat ulat atau larva lalat di atas meja makannya.

Dia cuba menggunakan air panas untuk menghilangkan ulat itu tetapi warga emas itu tidak memiliki cerek air untuk memasak air panas sehingga ia terpaksa dipinjam dari jiran.

Menceritakan kisah kali pertama melawat rumah itu, ia kelihatan seperti ‘rumah hantu’ dan apabila mereka menyapu siling pepijat itu jatuh dan menimpa mereka.

Ms Pan yang juga seorang usahawan berkata, pepijat di rumah bukanlah suatu isu yang luar biasa tetapi apa yang terjadi di rumah warga tua itu merupakan satu kes yang serius.

Ketika rumah lelaki itu dilawati oleh wartawan Wanbao, ia kelihatan lebih selesa dan bersih serta mempunyai ruang yang banyak untuk penghuninya bergerak.

Menurut seorang Pakar Perubatan Dr Cho, pepijat tidak boleh membawa sebarang penyakit tetapi bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif ia boleh mengakibatkan kegatalan.

“Jika kawasan gatal itu digaru dan ia menjadi luka, seseorang itu boleh dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian dan berkemungkinan turut diberi suntikan.

“Untuk menghalang pembiakan pepijat, ada dua cara yang boleh diikuti oleh orang ramai.

“Pertama, bantal dan tilam yang digunakan bolehlah dijemur secara kerap dan kedua, setiap bahagian penjuru rumah perlu disembur dengan racun pembunuh serangga,” katanya. 

Sumber mynewshub.my

Bunuh Dan Noda Mayat Emak Sendiri!


Texas – Sebuah mahkamah di sini semalam diberitahu bagaimana seorang remaja belasan tahun membunuh ibunya dengan tukul besi dan kemudian memperk0sa mayat mangsa.

Kevin Davis, 18, mengaku membunuh ibunya, Kimberly Hill, 50, di kediaman mereka di Corpus Christi, Texas.

Semalam, juri ditunjukkan dokumen soal siasat Davis dengan polis selepas dia ditangkap.
Davis menceritakan kepada penyiasat bagaimana dia mula cuba membunuh ibunya dengan menjerut mangsa mengguna wayar elektrik.

Apabila ibunya tidak mati, Davis mengambil tukul besi dan mengetuk mangsa kira-kira 20 kali.
Disoal apa yang berlaku kemudian, Davis berkata: “Saya mengadakan seks dengan mayatnya. Itu pertama kali saya mengadakan se-ks dan ia dengan ibu saya.”

Menurutnya, dia tidak keluar dari apartmen berkenaan kerana menunggu adiknya pulang dengan niat untuk membunuhnya juga.

Tetapi kerana bosan menunggu, dia meninggalkan kediaman itu.

Dalam soal siasat berkenaan, Davis juga memberitahu pegawai, dia sudah sekian lama mengimpikan untuk membunuh ibu dan adiknya dan akan melakukannya sekali lagi jika dibenarkan.

Dia menceritakan bagaimana dia berangan melakukan pembunuhan itu – berpakaian suit, memenggal mangsa, memakainya dengan pakaian cantik sebelum mengadakan se-ks dengan mayat itu.

Apabila ditanya alasan dia membunuh ibunya, Davis berkata, dia bosan dengan hidupnya dan tidak suka bergaul.

“Saya tidak gila. Saya waras. Saya tahu apa yang saya lakukan,” katanya.
Davis hanya tersenyum sepanjang perbicaraan semalam.

Juri mengambil masa kurang sejam untuk mendapatinya bersalah dan menghukumnya penjara seumur hidup.

Sumber Agensi