Monday 13 October 2014

19 rahsia Kaabah menurut ilmu sains

Berikut adalah 19 rahsia Kaabah yang dapat dihuraikan oleh ilmu sains;

1. Kawasan yang mempunyai graviti paling stabil di planet bumi.

2. Tekanan gravitinya sangat tinggi

3. Tempat berpusatnya bunyi-bunyian yang membina tetapi tidak boleh didengar oleh telinga.

4. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

5. Graviti tinggi bermakna elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

6. Niat  dan suara hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Maka sebab itu perlu perbanyakan niat dan azam yang baik-baik kerana akan memberi kekuatan untuk melakukan perubahan dan peningkatan rohaniah.

7. Suara hati atau rasa hati perlu dikawal. Kena sentiasa berbaik sangka. Berbaik sangka akan menjadi motivasi yang terus terhubung dengan Allah. Berburuk sangka juga akan mudah mendapat 'balasan' atas sikap buruk kita.

8. Pengaruh elektron mengecas semula gelombang dalam diri kita. Gelombang positif akan membentuk perasaan kita kembali bersemangat tinggi, kuat mendorong untuk melakukan ibadat, tidak mudah berputus asa dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah.

9. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

10. Satelit tidak boleh menembusi Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

11. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

12. Sebuah titik pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

13. Tidur dengan posisi dada menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga ke tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

15. Pergerakkan tawaf mengelilingi Kaabah mengikut arah lawan jam akan mengecas tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Semua yang ada di alam ini bergerak mengikut arah lawan jam.

16. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut arah lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah selalunya lebih bertenaga, sihat dan panjang umur

17. Manakala bilangan tujuh itu mempunyai rahsia besar. Tujuh hari seminggu, tujuh petala langit dan tujuh lapisan bumi. Tujuh tingkat syurga dan neraka. Tujuh membawa erti sempurna, besar dan hebat. Menjadikan jiwa besar, kuat dan menuju kesempurnaan.

18. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah.

Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

19. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Dengan sendirinya ia membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sains hanya dapat menyingkap dan menguraikan rahsia yang masih bersifat lahiriah atau fizikal. Rahsia yang lebih luas bersifat maknawiyah dan rohaniah tidak mungkin dapat dihuraikan kecuali hanya sedikit melalui panduan wahyu.

Walau pun begitu, rahsia dan keajaiban yang bersifat maknawiyah dan rohaniah itu adalah berjuta kali ganda lebih banyak berbanding rahsia lahiriah yang cuba dihuraikan oleh ilmu sains. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment