Thursday 13 November 2014

[Kisah Benar] Pelajar dibantu Allah berkat berkhidmat dengan ibunya


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-zhaxt0hvg2HzwM4Wpgaj5G85hIpy58MD7tyGa3wwXNipJitAxo1puEetfrFnTB2ExX9pYng23XdBEfMpN603m24mkFC_2RgQUYb_iUtR2KLPZBOX2ducJyaIkEUFGPUL_9czauu2Lqhj/s1600/pelajar.jpg

Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya. Kemudian dia menerima kertas ujian. 


Setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik.

 Keadaan itu menimbulkan rasa syak kepada guru berkenaan dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi setelah diselidiki oleh guru tersebut, tidak terdapat apa-apa tanda atau bukti yang pelajar itu meniru dalam peperiksaan.

Sebaik pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya apa yang sebenarnya yang berlaku kepadanya.


Tahukah apa jawapan pelajar itu? Sungguh mengejutkan dan sangat menyentuh hati.

Pelajar tersebut menceritakan : “Semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian ke esokannya.

Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.

Sewaktu saya melihat soalan-soalan, sebenarnya saya tidak dapat menjawabnya. Lalu saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya. "

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tuanya.

Ini adalah contoh bertawasul atau berdoa melalui berkat amalan soleh yang pernah dilakukan.

No comments:

Post a Comment