Sunday 16 November 2014

Imam Hanbali diajar bersabar oleh pelaku maksiat

Apabila Kamu Tidak Mampu Jadi Seperti Ahmad Bin Hanbal.

Maka Jadilah Sekurang-kurangnya Seperti Abu al-Haitham!

Abdullah bin Ahmad bin Hanbal (anak Imam Ahmad) pernah berkata:

Aku selalu mendengar ayahku menyebut dalam doa beliau:

Ya Allah Engkau ampunilah Abu al-Haitham
dan Engkau sayangilah beliau.

Lalu aku bertanya kepada ayahku: Siapakah Abu al-Haitham itu wahai ayahku?

Jawab Imam Ahmad: Beliau adalah seorang lelaki kampung/badwi yang aku tidak sempat melihat wajahnya.
 
Pada malam aku disebat (disebabkan fitnah khalqul Quran) mereka telah memasukkan aku ke bilik seksaan.
 
Maka aku telah ditarik (daripada belakang) oleh seorang lelaki lalu dia bertanya: Adakah kamu Ahmad bin Hanbal?
 
Maka jawabku: Ya.
 
Dia bertanya lagi: Tahukah kamu siapakah aku?
 
Aku menjawab: Tidak.
 
Lalu lelaki itu berkata: Aku adalah Abu al-Haitham yang merupakan seorang pencuri, peminum arak dan perompak di jalanan. Telah tertulis dalam rekod Amirul mukminin bahawa aku telah dipukul sebanyak 18 000 sebatan atas pelbagai kesalahan yg berbeza.
 
Sesungguhnya aku sabar menjalani hukuman ini dalam (kesesatanku) ketika aku berada di atas jalan syaitan. Maka sabarlah kamu di atas jalan Allah wahai Ahmad !

Berkata Imam Ahmad: Setelah mereka mengikat aku maka apabila setiap sebatan singgah di belakangku , maka akan aku ingati kata-kata Abu al-Haitham lantas aku berkata kepada diriku: Wahai Ahmad! Sabarlah kamu di atas jalan Allah.

*Apabila kamu tidak mampu jadi seperti Ibn Hanbal maka jadilah seperti Abu al-Haitham!
Cintailah kebenaran walaupun ketika kamu sedang lemas dalam kebatilan…

Cintailah insan yang taat kepada Allah sedangkan kamu masih tenggelam dalam kemaksiatan….

Tetaplah kamu bersama Allah ketika mana syaitan menguasai dirimu…
Alangkah indah andai perasaan ini menyerap dalam setiap jiwa muslim…

Cintailah manusia yang sentiasa mengharapkan ganjaran daripada Allah…
Maka apakah penghalang untuk kamu berbuat demikian?
 
Sesungguhnya aku amat bangga dengan agamaku, aku akan mempertahankannya dan aku akan tetap teguh kerananya. Aku mempertahankan agama ini atas dasar sebuah kemuliaan..
 
Walaupun aku seorang pendosa…namun agamaku adalah agamaku dan Tauhid merupakan perkara yang paling utama!

No comments:

Post a Comment