Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Thursday, 11 December 2014

Asiah Binti Mahazim (Isteri Firaun)

Tersebutlah alkisah di negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai oleh raja yang terakhir bernama Fir’aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian. Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya.

Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir’aun dan suatu hari beliau teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang Menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir’aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan.

Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir’aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir’aun telah ditolak. Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina.

Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir’aun akan berita buruk tersebut dan Fir’aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir’aun dan bertemu dengannya. Di hapadapan Fir’aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir’aun.

Kemudian Fir’aun berkata:
“Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.”

Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat:

1. Bahawa Fir’aun harus membebaskan kedua ibubapanya.

2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas

3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.

4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir’aun.

Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya.

Akhirnya Fir’aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka. Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir’aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir’aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir’aun.

Fir’aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT.

Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil di mana Fir’aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir’aun menjadi marah.

Akhirnya Fir’aun dapat tahu yang Hazaqil telah engkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah.

Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil. Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS.

Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-dayang istana, dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepian sungai yang mengalir merentasi istana Firaun.

"Ambil kotak itu dan bawa kepada beta," arah Asiah kepada salah seorang dayang yang berdiri di tepinya.

Dayang itu berlari pantas ke arah kotak yang sedang terapung-apung di tepian sungai. Dia mengangkat kotak kayu itu dari permukaan sungai lalu dibawakan kepada Asiah. Dia berdebar-debar untuk mengetahui isi kandungan kotak kayu itu.

"Comelnya bayi lelaki dalam kotak kayu ini!," jerit hati Asiah apabila penutup kotak kayu itu terbuka.

Pada ketika itu, Firaun memerintahkan masyarakatnya membunuh semua bayi lelaki Bani Israel kerana dia bermimpi bayi tersebut akan menghancurkan dan membinasakan kerajaan pemerintahan Firaun.

Apabila berita penemuan bayi lelaki itu sampai ke telinga Firaun, maka dia bergegas ke tempat Asiah dan bayi lelaki itu.

"Pengawal! Bunuh bayi ini sekarang..." Perintah Firaun kepada pengawal yang mengiringinya ke kamar Asiah.

"Bukankah kita tidak mempunyai anak lelaki. Anak lelaki ini dapat kita jadikan anak angkat. Saya merayu supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya sudah sayang kepadanya.

' Dia akan memberikan manfaat kepada kita berdua apabila dewasa nanti," Asiah menghalang niat jahat Firaun dengan kata-kata bijaksananya.

"Baiklah. Saya tidak akan bunuh bayi ini kerana perasaan cinta saya pada kamu," Firaun akur dengan permintaan isterinya, lalu keluar dari kamar itu.

Asiah memberi nama Musa kepada bayi tersebut dan memeliharanya sehingga dewasa di istana Firaun.

Apabila nabi Musa mula berdakwah menyebarkan ajaran Allah, maka Asiah terus menjadi salah seorang pengikutnya tanpa pengetahuan Firaun dan orang sekelilingnya.

Pada suatu hari, Asiah duduk menyisir rambut anak perempuannya di kamar tidur. Tiba-tiba sikat yang digunakan Asiah bagi menyisir rambut anaknya jatuh dengan kehendak Allah.

Asiah yang terkejut dengan kejadian itu terus berkata, "Binasalah Firaun yang dilaknat Allah dengan izinnya."

"Dengan nama Allah," ucap Asiah tanpa menyedari anaknya memerhatikan perbuatannya dengan perasaan hairan.

"Ibu, adakah tuhan lain selain ayah? Adakah ibu sudah menganut agama yang dibawa oleh Musa? Mengapa ibu sanggup mengikut agama Musa? Bukankah ibu menyelamatkan Musa sewaktu kecil apabila dia akan dibunuh oleh ayah," anaknya bertanya pelbagai soalan kepada Asiah dan menanti jawapannya.

Manusia biasa

"Firaun, ayah kamu adalah manusia biasa seperti kita semua dan bukan tuhan. Tuhan sebenar adalah Allah, tuhan semesta alam!" jawab Asiah tanpa perasaan takut dan gentar.

"Biar saya adukan perkara ini kepada ayah!," balas anaknya, lalu dia lari keluar dari bilik itu dan pergi mengadu kepada Firaun.

Firaun yang mendengar aduan anaknya berasa sangat marah dengan Asiah. Dia tidak menyangka Asiah sudah mengikut ajaran Allah walaupun dia melarang sesiapa sahaja di Negara Mesir mengikuti ajaran Allah.

Orang yang mengingkari larangan itu akan dijatuhkan hukuman berat jika diketahui oleh Firaun. Kini isterinya sudah mengikut ajaran Allah, maka dia harus berbuat sesuatu supaya isterinya keluar dari agama Allah.

"Dengarlah nasihat saya, wahai Asiah yang amat saya cintai dan sayangi.

"Keluarlah dari agama yang dibawa oleh Musa. Saya akan berikan segala harta dan istana di Mesir sebagai hadiah," Firaun cuba berlembut dan memujuk Asiah dengan kata-kata manisnya.

"Saya tidak akan sekali-kali keluar dari agama ajaran Musa yang benar dan suci. Nanti saya akan dimurkai oleh Allah, tuhan yang mencipta saya.

"Jika saya tetap dalam agama ini, saya percaya Allah akan memberikan syurga yang lebih baik dari harta dan istana kamu," tegas Asiah yang tenang dan berani bertentang mata dengan Firaun yang menyala dengan api kemarahan.

Usaha Firaun memujuk isterinya menemui jalan buntu. Dia tidak mahu menghukum Asiah kerana perasaan kasih sayang dan cinta yang mendalam terhadap isterinya. Dia cuba memikirkan cara lain bagi melembutkan hati Asiah supaya dia tidak beriman dengan ajaran nabi Musa.

Namun, semua ikhtiarnya gagal dan tidak menemui jalan penyelesaian. Firaun termenung. Wajahnya terbayang seribu kekecewaan kerana gagal memujuk Asiah. Akhirnya, dia mengambil keputusan menggunakan kekerasan kepada Asiah supaya dia berpaling dari agama Musa.

"Pengawal, tangkap Asiah dan bawa dia berjumpa beta sekarang!," perintah Firaun dengan nada keras.

"Oleh kerana kamu masih berdegil mahu mengikuti ajaran agama Musa, beta jatuhkan hukuman berat ke atas kamu," kata Firaun lagi.

"Pengawal, bawa perempuan ini ke tanah tinggi dan ikatkan pada empat batang kayu. Pakukan empat kayu itu ke bumi dengan menelentangkan badan perempuan ini menghadap langit.

"Biarkan bahang matahari yang panas, dan sejuk malam menyeksanya," Firaun meminta para pengawalnya menjalankan hukuman ke atas Asiah dengan segera.

"Allah! Allah! Allah!," mulut Asiah tidak henti-henti menyebut kalimat Allah sepanjang hukuman itu dijalankan.

"Ya Allah! Saya mohon supaya dilindungi dari bencana Firaun dan dianugerahkan sebuah rumah di syurga," doa Asiah yang terseksa dengan pancaran matahari yang sangat panas dan terik.

Akhirnya Asiah dapat melihat rumahnya di syurga dengan kehendak Allah yang membuka hijabnya. Hatinya sangat gembira sehingga lupa pada penderitaan dan kesakitan yang sedang diharunginya.

Selepas beberapa lama tempoh penyeksaan itu berlalu, Asiah akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan kalimat Allah di mulutnya.

Begitulah kisah wanita yang berhati waja. Dia tetap dalam keimanannya kepada Allah walaupun diseksa sehingga mati tanpa belas kasihan.

Monday, 17 November 2014

Ringkasan mengenai Kekhalifahan Bani Umayyah


Khalifah Umayyah
Bani Umayyah





Bani Umayyah (bahasa Arab: بنو أمية, Banu Umayyah) atauKekhalifahan Umayyah, adalah kekhalifahan Islam pertama setelah masa Khulafaur Rasyidin yang memerintah dari 661sampai 750 di Jazirah Arab dan sekitarnya; serta dari 756sampai 1031 di Kordoba, Spanyol. Nama dinasti ini dirujuk kepada Umayyah bin 'Abd asy-Syams, kakek buyut dari khalifah pertama Bani Umayyah, yaitu Muawiyah bin Abu Sufyan atau disebut juga dengan Muawiyah I.

Zaman Keemasan

Masa ke-Khilafahan Bani Umayyah hanya berumur 90 tahun yaitu dimulai pada masa kekuasaan Muawiyah bin Abu Sufyan, yaitu setelah terbunuhnya Ali bin Abi Thalib, dan kemudian orang-orang Madinah membaiat Hasan bin Alinamun Hasan bin Ali menyerahkan jabatan kekhalifahan ini kepada Mu’awiyah bin Abu Sufyan dalam rangka mendamaikan kaum muslimin yang pada masa itu sedang dilanda bermacam fitnah yang dimulai sejak terbunuhnyaUtsman bin Affan, pertempuran Shiffin, perang Jamal dan penghianatan dari orang-orang Khawarij dan Syi'ah, dan terakhir terbunuhnya Ali bin Abi Thalib.

Pada masa Muawiyah bin Abu Sufyan perluasan wilayah yang terhenti pada masa khalifah Utsman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib dilanjutkan kembali, dimulai dengan menaklukan Tunisia, kemudian ekspansi ke sebelah timur, dengan menguasai daerah Khurasan sampai ke sungai Oxusdan Afganistan sampai ke Kabul. Sedangkan angkatan lautnya telah mulai melakukan serangan-serangan ke ibu kota Bizantium,

Konstantinopel. Sedangkan ekspansi ke timur ini kemudian terus dilanjutkan kembali pada masa khalifah Abdul Malik bin Marwan. Abdul Malik bin Marwan mengirim tentara menyeberangi sungai Oxus dan berhasil menundukkanBalkanabad, Bukhara, Khawarizm, Ferghana danSamarkand. Tentaranya bahkan sampai ke India dan menguasai Balukhistan, Sind dan daerah Punjab sampai keMaltan.

Ekspansi ke barat secara besar-besaran dilanjutkan di zaman Al-Walid bin Abdul-Malik. Masa pemerintahan al-Walid adalah masa ketenteraman, kemakmuran dan ketertiban. Umat Islam merasa hidup bahagia. Pada masa pemerintahannya yang berjalan kurang lebih sepuluh tahun itu tercatat suatu ekspedisi militer dari Afrika Utara menuju wilayah barat daya, benua Eropa, yaitu pada tahun 711 M.

Setelah Aljazair dan Maroko dapat ditundukan, Tariq bin Ziyad, pemimpin pasukan Islam, dengan pasukannya menyeberangi selat yang memisahkan antara Maroko(magrib) dengan benua Eropa, dan mendarat di suatu tempat yang sekarang dikenal dengan nama Gibraltar (Jabal Thariq). Tentara Spanyol dapat dikalahkan. Dengan demikian, Spanyol menjadi sasaran ekspansi selanjutnya. Ibu kota Spanyol, Cordoba, dengan cepatnya dapat dikuasai. Menyusul setelah itu kota-kota lain seperti Seville, Elvira danToledo yang dijadikan ibu kota Spanyol yang baru setelah jatuhnya Cordoba. Pasukan Islam memperoleh kemenangan dengan mudah karena mendapat dukungan dari rakyat setempat yang sejak lama menderita akibat kekejaman penguasa.

Di zaman Umar bin Abdul-Aziz, serangan dilakukan kePerancis melalui pegunungan Pirenia. Serangan ini dipimpin oleh Aburrahman bin Abdullah al-Ghafiqi. Ia mulai dengan menyerang Bordeaux, Poitiers. Dari sana ia mencoba menyerang Tours. Namun, dalam peperangan yang terjadi diluar kota Tours, al-Ghafiqi terbunuh, dan tentaranya mundur kembali ke Spanyol. Disamping daerah-daerah tersebut di atas, pulau-pulau yang terdapat di Laut Tengah (mediterania) juga jatuh ke tangan Islam pada zaman Bani Umayyah ini.

Dengan keberhasilan ekspansi ke beberapa daerah, baik di timur maupun barat, wilayah kekuasaan Islam masa Bani Umayyah ini betul-betul sangat luas. Daerah-daerah itu meliputi Spanyol, Afrika Utara, Syria, Palestina, Jazirah Arab,Irak, sebagian Asia Kecil, Persia, Afganistan, daerah yang sekarang disebut Pakistan, Turkmenistan, Uzbekistan, danKirgistan di Asia Tengah.

sumber

Info ringkas tentang Khalifah Abbasiyah


Khalifah Abbasiyah
Bani Abbasiyah








Bani Abbasiyah atau Kekhalifahan Abbasiyah (Arab: العبّاسدين, al-Abbāsidīn) adalah kekhalifahan kedua Islam yang berkuasa di Baghdad (sekarang ibu kota Irak). Kekhalifahan ini berkembang pesat dan menjadikan dunia Islam sebagai pusat pengetahuan dengan menterjemahkan dan melanjutkan tradisi keilmuan Yunani dan Persia.

Kekhalifahan ini berkuasa setelah merebutnya dari Bani Umayyah dan menundukan semua wilayahnya kecualiAndalusia. Bani Abbasiyah dirujuk kepada keturunan dari paman Nabi Muhammad yang termuda, yaitu Abbas bin Abdul-Muththalib (566-652), oleh karena itu mereka juga termasuk ke dalam Bani Hasyim. Berkuasa mulai tahun 750 dan memindahkan ibukota dari Damaskus ke Baghdad. Berkembang selama dua abad, tetapi pelan-pelan meredup setelah naiknya bangsa Turki yang sebelumnya merupakan bahagian dari tentara kekhalifahan yang mereka bentuk, dan dikenal dengan nama Mamluk.

Selama 150 tahun mengambil kekuasaan memintas Iran, kekhalifahan dipaksa untuk menyerahkan kekuasaan kepada dinasti-dinasti setempat, yang sering disebut amir atau sultan. Menyerahkan Andalusia kepada keturunan Bani Umayyah yang melarikan diri, Maghreb dan Ifriqiya kepada Aghlabid dan Fatimiyah.

Kejatuhan totalnya pada tahun 1258 disebabkan serangan bangsa Mongol yang dipimpin Hulagu Khan yang menghancurkan Baghdad dan tak menyisakan sedikitpun dari pengetahuan yang dihimpun di perpustakaan Baghdad. Keturunan dari Bani Abbasiyah termasuk suku al-Abbasi saat ini banyak bertempat tinggal di timur laut Tikrit, Iraqsekarang.

Pendahuluan

Pada awalnya Muhammad bin Ali, cicit dari Abbas menjalankan kampanya untuk mengembalikan kekuasaan pemerintahan kepada keluarga Bani Hasyim di Parsi pada masa pemerintahan KhalifahUmar bin Abdul Aziz. Selanjutnya pada masa pemerintahan Khalifah Marwan II, penentangan ini semakin memuncak dan akhirnya pada tahun 750, Abu al-Abbas al-Saffah berhasil meruntuhkan Daulah Umayyah dan kemudian dilantik sebagai khalifah.

Bani Abbasiyah berhasil memegang kekuasaan kekhalifahanselama tiga abad, mengkonsolidasikan kembali kepemimpinan gayaIslam dan menyuburkan ilmu pengetahuan dan pengembanganbudaya Timur Tengah. Tetapi pada tahun 940 kekuatan kekhalifahan menyusut ketika orang-orang non-Arab/ Ajam, khususnya orang Turki (dan kemudian diikuti oleh Mamluk di Mesir pada pertengahan abad ke-13), mulai mendapatkan pengaruh dan mulai memisahkan diri dari kekhalifahan.

Meskipun begitu, kekhalifahan tetap bertahan sebagai simbol yang menyatukan umat Islam. Pada masa pemerintahannya, Bani Abbasiyah mengklaim bahwa dinasti mereka tak dapat disaingi. Namun kemudian, Said bin Husain, seorang muslim Syiah dari dinasti Fatimiyyah mengaku dari keturunan anak perempuannya Nabi Muhammad, mengklaim dirinya sebagai Khalifah pada tahun909, sehingga timbul kekuasaan ganda di daerah Afrika Utara.

Pada awalnya ia hanya menguasa Maghribi, Aljazair, Tunisia dan Libya. Namun kemudian, ia mulai memperluas daerah kekuasaannya sampai ke Mesir dan Palestin, sebelum akhirnya Bani Abbasyiah berhasil merebut kembali daerah yang sebelumnya telah mereka kuasai, dan hanya menyisakan Mesir sebagai daerah kekuasaan Bani Fatimiyyah. Dinasti Fatimiyyah kemudian runtuh pada tahun1171.

Sedangkan Bani Umayyah masih bertahan dan terus memimpin komuniti Muslim di Andalusia, kemudian mereka mengembali gelaran Khalifah pada tahun 929, sampai akhirnya dijatuhkan semula pada tahun 1031.

Menuju puncak keemasan

Khilafah Abbasiyah merupakan lanjutan dari khilafah sebelumnya dari Bani Umayyah, dimana pendiri dari khilafah ini adalah Abdullah al-Saffah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-Abbas Rahimahullah. Pola pemerintahan yang diterapkan oleh Daulah Abbasiyah berbeda-beda sesuai dengan perubahan politik,sosial, dan budaya. Kekuasaannya berlangsung dalam rentang waktu yang panjang, dari tahun 132 H (750 M) s/d. 656 H (1258 M).

Berdasarkan perubahan pola pemerintahan dan politik, para sejarawan biasanya membahagi masa pemerintahan Daulah Abbas menjadi lima peringkat:

Peringkat Pertama (132 H/750 M - 232 H/847 M), disebut peringkat pengaruh Arab dan Farsi pertama.

Peringkat Kedua (232 H/847 M - 334 H/945 M), disebut peringkat pengaruh Turki pertama.

Peringkat Ketiga (334 H/945 M - 447 H/1055 M), masa kekuasaan dinasti Bani Buwaih dalam pemerintahan khilafah Abbasiyah. peringkat ini disebut juga masa pengaruh Farsi kedua.

Peringkat Keempat (447 H/1055 M - 590 H/l194 M), masa kekuasaan daulah Bani Seljuk dalam pemerintahan khilafah Abbasiyah; biasanya disebut juga dengan masa pengaruh Turki kedua (di bawah kendali) Kesultanan Seljuk Raya(salajiqah al-Kubra/Seljuk agung).

Peringkat Kelima (590 H/1194 M - 656 H/1258 M), masa khalifah bebas dari pengaruh dinasti lain, tetapi kekuasaannya hanya efektif di sekitar kota Baghdad dan diakhiri oleh invasi dari bangsa Mongol.

Pada peringkat pertama pemerintahan Bani Abbas mencapai masa keemasannya. Secara politis, para khalifah betul-betul tokoh yang kuat dan merupakan pusat kekuasaan politik dan agama sekaligus. Di sisi lain, kemakmuran masyarakat mencapai tingkat tertinggi. Peringkat ini juga berhasil menyiapkan landasan bagi perkembangan filsafat dan ilmu pengetahuan dalam Islam. Namun setelah peringkat ini berakhir, pemerintahan Bani Abbas mulai menurun dalam bidang politik, meskipun filsafat dan ilmu pengetahuan terus berkembang.

Masa pemerintahan Abu al-Abbas, pendiri dinasti ini sangat singkat, yaitu dari tahun 750-754 M. Selanjutnya digantikan olehAbu Ja'far al-Manshur (754-775 M), yang keras menghadapi lawan-lawannya terutama dari Bani Umayyah, Khawarij, dan jugaSyi'ah.

Untuk memperkuat kekuasaannya, tokoh-tokoh besar yang mungkin menjadi saingan baginya satu per satu disingkirkannya. Abdullah bin Ali dan Shalih bin Ali, keduanya adalah pamannya sendiri yang ditunjuk sebagai gubernur oleh khalifah sebelumnya diSyria dan Mesir dibunuh karena tidak bersedia membaiatnya, al-Manshur memerintahkan Abu Muslim al-Khurasani melakukannya, dan kemudian menghukum mati Abu Muslim al-Khurasani pada tahun 755 M, karena dikhawatirkan akan menjadi pesaing baginya.

Pada mulanya ibu kota negara adalah al-Hasyimiyah, dekat Kufah. Namun, untuk lebih memantapkan dan menjaga stabilitas negara yang baru berdiri itu, al-Mansyur memindahkan ibu kota negara ke kota yang baru dibangunnya, Baghdad, dekat bekas ibu kota Farsi, Ctesiphon, tahun 762 M. Dengan demikian, pusat pemerintahan dinasti Bani Abbas berada di tengah-tengah bangsa Farsi.

Di ibu kota yang baru ini al-Manshur melakukan konsolidasi dan penertiban pemerintahannya, di antaranya dengan membuat semacam lembaga eksekutif dan yudikatif. Di bidang pemerintahan, dia menciptakan tradisi baru dengan mengangkatWazir sebagai koordinator dari kementrian yang ada, Wazir pertama yang diangkat adalah Khalid bin Barmak, berasal dariBalkh, Farsi. Dia juga membentuk lembaga protokol negara, sekretaris negara, dan kepolisian negara disamping membenahi angkatan bersenjata. Dia menunjuk Muhammad ibn Abdurrahman sebagai hakim pada lembaga kehakiman negara. Jawatan pos yang sudah ada sejak masa dinasti Bani Umayyah ditingkatkan peranannya dengan tambahan tugas. Kalau dulu hanya sekedar untuk mengantar surat. Pada masa al-Manshur, jawatan pos ditugaskan untuk menghimpun seluruh informasi di daerah-daerah sehingga administrasi kenegaraan dapat berjalan lancar. Para direktur jawatan pos bertugas melaporkan tingkah laku gubenur setempat kepada khalifah.

sumber

Sunday, 16 November 2014

Iktibar ketabahan Ummu Salamah yang mendapat pembelaan Allah dan Rasul

Ummu Salamah dan suaminya Abu Salamah adalah antara keluarga yang pertama sekali memeluk agama Islam di Mekah. Sejak memeluk agama Islam, penderitaan seakan-akan menjadi warna dasar kepada kehidupan mereka berdua. Quraish sangat kejam dan keji menindas kehidupan mereka sehingga mereka berdua terpaksa berhijrah ke Habsyah. Tidak lama di Habsyah, mereka berdua kembali ke Mekah dengan harapan penindasan Quraish telah berkurangan. Tetapi sesampainya di Mekah ternyata Quraish semakin bermaharajalela sehingga Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah.

Ketika hendak berhijrah ke Madinah, Ummu Salamah bersama suaminya mengalami sebuah peristiwa yang sangat memilukan. Kabilah Bani Mughirah yang merupakan keluarga Ummu Salamah menahan mereka. Mereka tidak membenarkan Abu Salamah membawa Ummu Salam berhijrah ke Madinah. Maka dalam keadaan menangis Ummu Salam terpaksa berpisah dengan suami tercinta. Ternya penderitaan tidak berakhir setakat itu sahaja. Kabilah Bani Asad yang merupakan keluarga dari suaminya mendatangi Kabilah Bani Mughirah. Keluarga suaminya itu berkata kepada Bani Mughirah, "Kamu semua boleh ambil kembali anak perempuanmu (Ummu Salamah) tetapi cucunya adalah anak kami. Maka biarkan kami mengambil cucu kami itu." Terjadilah perebutan paksa yang mengakibatkan salah satu lengan anak Ummu Salamah terputus. Akhirnya, Bani Asad berjayamembawa lari anak itu.

Setelah itu selama tahun Ummu Salamah setiap hari keluar rumah untuk menangis di tengah padang pasir. Keadaanya itu sangat memilukan dan menyedihkan hati setiap orang yang melihatnya. Setelah setahun akhirnya ada seorang saudaranya yang merayu kepada Bani Mughirah."Alangkah zalimnya kita ini. Sudahlah kita pisahkan dia dari suaminya. Kemudian, kita pisahkan pula dia dari anaknya. Kini sudah setahun dia menangis setiap pagi di padang pasir."

Kabilah Bani Mughirah akhirnya merasa kasihan. Mereka memanggil Ummu Salamah dan memberinya kebenaran untuk menjumpai suaminya. Kabilah Bani Asad yang mendengar hal itu juga menjadi kasihan dan menyerahkan anaknya kepadanya. Maka Ummu Salamah pun pergi ke Madinah ditemani oleh Ustman bin Abu Talhah. Di Madinah, Ummu Salamah menemui kebahagiaan yang memenuhi ruang hatinya. Dia kembali hidup bersama suami dan anaknya yang tercinta.

Namun, suratan takdir seakan tidak membiarkan kebahagiaan itu kekal lama di dalam rumah tangganya. Anaknya yang terpisah lama dari ibunya sakit dan meninggal dunia. Hari kematian anaknya itu, Abu Salamah berada di luar rumah. Pada saat kembali ke rumah, Abu Salamah menanyakan anaknya kepada Ummu Salamah. Jawab Ummu Salamah, "Wahai kanda, apakah yang harus kita lakukan jika orang yang menitipkan barang, meminta kembali barang tersebut kepada kita?""Sudah tentu kita harus mengembalikan barang itu dengan serta merta." jawab Abu Salamah, "Ketahuilah kanda, ALLAH SWT telah menitipkan anak kita kepada kita sekian lama dan pada hari ini ALLAH telah mengambil kembali titipan tersebut."

Demikianlah kehebatan keikhlasan dalam jiwa Ummu Salamah. Anak yang diperjuangkan dengan menangis di tengah pada pasir selama setahun telah kembali kepada ALLAH SWT. Namun beliau begitu pasrah dan ikhlas menerimanya. Penderitaan itu ternyata belum berakhir. Tidak lama setelah kematian anaknya itu, suaminya Abu Salamah jatuh sakit. Sehingga sampailah takdir ALLAH SWT dengan meninggalnya suami tercinta.

Sebelum meninggal, Abu Salamah berpesan kepada isterinya, " Jika aku meninggal bacalah doa berikut: "Sesungguhnya kita hanya milik ALLAH dan akan kembali kepada-Nya. Ya ALLAH, berilah aku ganjaran pahala atas musibah ini dan anugerahkan kepadaku ganti yang lebih baik lagi."

Setelah Abu Salamah meninggal, Ummu Salamah menjalankan wasiat suaminya dengan membaca doa tersebut. Namun dalam hati belia berkata, "Duhai mana ada orang yang lebih daripada almarhum suamiku Abu Salamah." Ternyata doa dan keikhlasan Ummu Salamah selama ini tidak pernah dipersia-siakan ALLAH SWT. Setelah habis masa idah (masa menunggu) Rasulullah SAW mendatangi Ummu Salamah dan meminangnya menjadi Ummul Mukminin.

Friday, 14 November 2014

Umur Siti Aisyah Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah

1344230563816014969

Sebenarnya isu ini banyak menjadi momokan serta sindiran pihak yang senantiasa menentang Islam dan cuba mencacatkan keperibadian baginda Rasulullah.

Marilah kita sama-sama murnikan kekeliruan ini dengan meluangkan sedikit masa membaca fakta-fakta berikut;

Dan berikut adalah keterangan -keterangan tentang usia Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahu Anhu saat menikah dengan Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam. Hisyam bin ‘Urwah adalah satu-satunya perawi yang meriwayatkan usia Aisyah saat menikah dengan Nabi dan Hisyam sudah lanjut usia sedang ingatannya mulai melemah saat pindah ke Irak dan pada saat itulah ia meriwayatkan hadist tersebut. Berikut rinciannya :

‘Aisyah dalam bahasa Arab yang memiliki arti “Hidup dan Sehat”.[2] Variasi nama dari ‘Aisyah adalah ‘Aisya, yang juga memiliki makna yang sama.

Setelah Aisyah mulai beranjak dewasa Ayah Aisyah, Abu Bakar merasa Aisyah sudah cukup umur untuk menikah, karenanya Aisyah akan dinikahkan dengan Jubayr bin Mut’im, tetapi pernikahan tersebut tidak terjadi disebabkan Ayah Jubair, Mut‘im bin ‘Adi menolak aisyah dikarenakan Abu Bakar telah masuk Islam pada saat itu. Istri Mut’im bin Adi mengatakan tidak mau keluarganya mempunyai hubungan dengan para muslim, yang dapat menyebabkan Jubair menjadi seorang Muslim.

Aisyah adalah satu-satunya istri nabi Muhammad yang masih gadis pada saat dinikahi. Aisyah dinikahkan pada tahun 620 M. Akad nikah diadakan di Mekkah sebelum Hijrah, tetapi setelah wafatnya Khadijah dan setelah Nabi Muhammad menikah dengan Saudah. Upacara dilakukan oleh ayahnya Abu Bakar dengan maskawin 400 dirham.

Hadits mengenai umur Aisyah tatkala dinikahkan adalah problematis. Hisyam bin ‘Urwah adalah satu-satunya yang mengabarkan tentang umur pernikahan Aisyah, yang didengarnya dari ayahnya. Bahkan Abu Hurairah ataupun Malik bin Anas tidak pernah mengabarkannya. Beberapa riwayat yang termaktub dalam buku-buku hadits berasal hanya dari Hisyam sendiri, dan hadits ini dianggap dhaif. Hisyam mengutarakan hadits tentang usia Aisyah menikah dengan nabi Muhammad tersebut tatkala telah bermukim di Irak, dan ia pindah ke negeri itu dalam umur 71 tahun.

Mengenai hal ini Ya’qub bin Syaibah berkata: “Yang dituturkan oleh Hisyam sangat terpecaya, kecuali yang disebutkannya tatkala ia sudah pindah ke Irak.” Ibnu Syaibah menambahkan bahwa Malik bin Anas menolak penuturan Hisyam yang dilaporkan oleh penduduk Irak. Dalam buku tentang sketsa kehidupan para perawi hadits, tersebut bahwa saat Hisyam berusia lanjut ingatannya sangat menurun.

Kita tentu mengetahui bahwasanya didalam islam jelas2 tidak boleh menikahkan wanita yang belum pada masa haid, karenanya dan tidak mungkin bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menikah dengan Aisyah sedang Aisyah belum beroleh masa haid. Untuk itu mari kita kaji lebih jauh..

Al-Qur’an sebagai sumber utama ummat Islam juga kontradiktif dengan hadist hisham ini, iika kita pelajari asbabun nuzulnya, surat Al Qamar diturunkan pada 8 tahun sebelum hijriah yaitu tahun 614M. dalam surah itu diriwayatkan Aisyah adalah seorang gadis muda/Jariah(bahasa arabnya). sedangkan menurut Hisham, tahun 623M, aisyah berumur 9 tahun dan berumahtangga dengan nabi.. berarti aisyah lahir pada tahun 614M. Namun logikanya bagaimana dalam asbabun nuzulnya Alquran mengatakan aisyah adalah seorang gadis muda, sedangkan menurut Hisham aisyah baru lahir pada tahun 614M ?? Asbabun nuzul surat Quran ini juga dikuatkan oleh hadist lain seperti Hadist Bukhori yang dalam hal ini yang tidak kontra dengan AlQuran.

Sehubungan dengan Surah Al Qamar tersebut yang diriwayatkan oleh Bukari didalam Kitab Tafsir nya:” Siti Aisyah (ra) mengatakan ” Aku adalah seorang gadis” ketika surah Al Qamar – Surah 54 diturunkan. “Mengikut sejarah surah Al Qamar diturunkan pada tahun 613 Masehi. ( 9 tahun sebelum Hijrah). Ini menunjukkan bahawa Siti Aisyah lahir sebelum kedatangan Islam, yaitu sebelum tahun 610 Masehi. Jika Siti Aisyah lahir sebelum 610 Masehi maka umur beliau menikah dengan Nabi Muhammad saw pada 623 Masehi adalah berusia serendah-rendahnya 14 tahun,

Dalam hadist lainnya, diriwayatkan oleh Ahmad ibn Hambal :

“Khaulah mengatakan pada nabi untuk menikah lagi dengan seorang “bikr” atau “thayib”.. ketika Nabi menanyakan tentang bikr, maka Khaulah menyebutkan nama aisyah. jadi dapat diambil kesimpulan aisyah adalah gadis yang sudah mendapat haid saat menikah dengan Nabi.

Dalam Perang Uhud

Umur Siti Aisyah dalam perang Uhud yang terjadi pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan Maret tahun 625 Masehi Iman Bukari mengatakan didalam kitab nya : Kitabu’l-jihad wa’l-siyar,Arabic, Bab Ghazwi’l-nisa’ wa qitalihinna ma`a’lrijal.”Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud…..Aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Ummu Sulaim, mereka menyinsingkan kainnya untuk memudahkan mereka bergerak.”Rasulullah saw mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur dibawah 15 tahun, maka tidak dibenarkan turut serta dalam peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.

Dan masih dalam riwayat Bukari didalam kitab nya: Kitabu’l-maghazi, Bab ghazwati’l-khandaq wa hiya’l-ahza’b,” Ibnu Umar (ra) mengatakan bahwa Rasulullah saw tidak membenarkan Aisyah untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu Aisyah masih berumur 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan Aisyah ikut berperang sebab umur Aisyah sudah 15 tahun. jika ditukir dalam sejarah, saat Siti Aisyah ikut serta didalam peperangan Badar dan Uhud yang artinya dalam peperangan tersebut umur beliau adalah 15 tahun ke atas. dan berdasarkan riwayat dari Bukari ini jelas menunjukkan;

1. Siti Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun.

2. Jika umur Aisyah pada 625 Masehi ( 3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610

Menurut Tabari, keempat anak Abu Bakar (termasuk Aisyah) dilahirkan oleh istrinya pada zaman Jahiliyah, artinya sebelum 610 M.[3] Apabila Aisyah dinikahkan sebelum 620 M, maka ia dinikahkan pada umur di atas 10 tahun dan hidup sebagai suami-istri dengan Nabi Muhammad dalam umur di atas 13 tahun. Menurut Abd alRahman bin Abi Zannad: “Asmah 10 tahun lebih tua dari Aisyah.”[4] Menurut Ibnu Hajar al-’Asqalani, Asmah hidup hingga usia 100 tahun dan meninggal tahun 73 atau 74 Hijriyah.[5] Apabila Asmah meninggal dalam usia 100 tahun dan meninggal dalam tahun 73 atau 74 Hijriyah, maka Asma berumur 27 atau 28 tahun pada waktu Hijrah, sehingga Aisyah berumur (27 atau 2 7 – 10 = 17 atau 18 tahun padaItu berarti Aisyah mulai hidup berumah tangga dengan Muhammad pada waktu berumur 19 atau 20 tahun.

………………………………………………………………………………………………………………..

POLEMIK UMUR AISHAH KETIKA BERKAHWIN DENGAN RASULULLAH

Pemurnian Sirah : Umur Aisyah r.a semasa berkahwin dengan Nabi s.a.w

Proof 1:

Bila kah Siti Aisyah dilahirkan?

Semua ke 4 anak Saidina Abu Bakar bersama 2 orang isterinya lahir sebelum kedatangan Islam “Saidina Abu Bakar (ra) berkahwin dengan 2 wanita yang bernama Fateelah binti Abd Al Aza dan Ummi i Rooman dizaman jahiliah. Abu Bakar mendapat 4 orang anak dari perkahwinan tersebut, 2 lelaki dan 2 perempuan.Isteri pertama Fateelah melahirkan Abdullah dan Asma`. Isteri kedua Umm i Rooman melahirkan Abd al Rahman dan Siti Aisyah.Tabrani mengatakan Siti Aisyah lahir sebelum tahun 610 Masehi, sehingga Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun.

Proof 2:

Umur Siti Aisyah waktu perang Uhud Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan March tahun 625 Masehi Iman Bukari mengatakan didalam kitab nya : Kitabu’l-jihad wa’l-siyar, Arabic, Bab Ghazwi’l-nisa’ wa qitalihinna ma`a’lrijal.”Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud…..Aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Umm i Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak.”Rasulullah saw mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.Diriwayatkan oleh Bukari didalam kitab nya: Kitabu’l-maghazi, Bab ghazwati’l-khandaq wa hiya’l-ahza’b,” Ibnu Umar (ra) mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun.Mengikut sejarah Siti Aisyah ikut serta didalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas. Berdasarkan riwayat dari Bukari ini jelas menunjukkan;

1. Siti Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun.

2. Jika umur Aisyah pada 625 Masehi ( 3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610

3. Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun

Proof 3:

Pertunangan Siti Aisyah

Menurut sejarah dari Tabrani; Saidina Abu Bakar waktu hendak berhijrah ke Habsyah pada tahun 615 Masehi, (7 tahun sebelum Hijrah ke Medina pada tahun 622 Masehi) beliau telah pergi ke rumah Mut`am. Abu Bakar meminta Mut`am mengambil Siti Aisyah menjadi isterinya. Mut`am yang telah menjadi tunangan Siti Aisyah menolak permintaan Abu Bakar disebabkan Abu Bakar telah memeluk Islam. Mut`am kemudian memutuskan pertunangan dengan Siti Aisyah. disaat Siti Aisyah berumur 6 tahun, maka kita akan dapati Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad pada 623 Masehi, maka umur Siti Aisyah telah menjangkau 14 tahun. ( umur 6 tahun + 7 tahun hijrah = 13 tahun + 1 tahun hijriah ).

Possibility 4:

Siti Aisyah masuk Islam

Muhammad saw menjadi nabi pada tahun 610 Masehi. Menurut sejarah Siti Aisyah adalah orang ke 21 atau 22 yang masuk Islam pada tahun pertama Nabi saw berdakwah iaitu pada tahun 610 Masehi. Maka jika Siti Aisyah masuk Islam pada tahun 610 Masehi maka umur beliau paling rendah waktu kahwin dengan Nabi Muhammad saw adalah 19 tahun.Jika kita mengambil umur Siti Aisyah paling rendah 6 tahun waktu masuk Islam maka kita dapati beliau dilahirkan pada tahun 604 Masehi ( 6 tahun sebelum Islam )

Possibility 5:

Surah Al QamarDiriwayatkan oleh Bukari didalam Kitab Tafsir nya:” Siti Aisyah (ra) mengatakan ” Aku adalah seorang gadis” ketika surah Al Qamar – Surah 54 diturunkan. “Mengikut sejarah surah Al Qamar diturunkan pada tahun 613 Masehi. ( 9 tahun sebelum Hijrah). Ini menunjukkan bahawa Siti Aisyah lahir sebelum kedatangan Islam, iaitu sebelum tahun 610 Masehi.Jika Siti Aisyah lahir sebelum 610 Masehi maka paling rendah umur beliau kahwin dengan Nabi Muhammad saw pada 623 Masehi adalah 14 tahun

Possibility 6:

Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur Fatimah (ra) {Menurut Ibnu Hajar didalam kitabnya: Al-isabah fi tamyizi’l-sahabah, Ibn Hajar al-Asqalani, Vol 4, Pg 377, Arabic, Maktabatu’l-Riyadh al-haditha, al-Riyadh, 1978}”} Fatimah (ra) dilahirkan ketika Kaaba di perbaiki. Ketika itu Rasulullah saw berumur 35 tahun…dan Fatimah (ra) adalah 5 tahun lebeh tua dari Siti Aisyah (ra) “Rasulullah lahir pada 570 Masehi.Rasulullah saw berumur 35 tahun pada 605 Masehi ( 570+35=605 M) Rasulullah saw berumur 53 tahun pada 623 Masehi ( Fatimah berumur 18 tahun )Umur anak Rasulullah saw, Fatimah pada 623 Masehi ada lah 18 tahun Umur Siti Aisyah pada 623 Masehi adalah 13 tahun ( 5 tahun lebeh muda dari Fatimah )Berdasarkan fakta ini kita dapati;Umur Siti Aisyah waktu kahwin dengan Rasulullah saw pada tahun 623 Masehi ialah 13 tahun Siti Aisyah dilahirkan pada tahun 610 Masehi

Possibility 7:

Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur kakaknya Asma`Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan didalam kitab (Taqribu’l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg 654,” Dia (Asma`) hidup 100 tahun dan meninggal pada 73, 74 Hijrah “Ibn Katheer mengatakan didalam kitabnya : (Al-Bidayah wa’l-nihayah, Ibn Kathir, Vol 8, Pg 372,” Bahawa Asma adalah kakak Siti Aisyah. Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah dan umur beliau adalah 100 tahun. Asma` adalah 10 tahun lebeh tua dari Siti Aisyah. {73 Hijrah = 695 Masehi} 695 Masehi/ 73 Hijrah umur Asma = 100 tahun maka 622 Masehi , 1 Hijrah umur Asma = 27 tahun (100 tahun – 73 tahun = 27 tahun ) sehingga umur Siti Aisyah – 17 tahun (10 tahun lebeh muda dari kakaknya Asma) 623 Masehi/2 Hijrah à Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada umur 18 tahun

Possibility 8:

Bilakah Siti Aisyah (ra) wafat?

Siti Aisyah wafat pada tahun 678 Masehi maka kita akan dapati ;

1. Umur Siti Aisyah pada 678 Masehi ada lah 73 tahun

2. Aisyah berumur 27 tahun pada waktu Nabi Wafat pada tahun 632 M (678-632=46) = 73 – 46 = 27 tahun,

3. Aisyah berumur 17 waktu kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 Masehi

Apa yang kita dengar ialah Aisyah berkahwin masa umur 6 tahun atau 9 tahun.. ianya adalah penyelewangan fakta sejarah. Sebenarnya umur sebenar Aisyah r.a semasa berkahwin ialah antara 16 tahun hingga 19 tahun.

sumber

Benarkah Yazid bin Muawiyah terlibat dalam kes pembunuhan cucu Rasulullah?

1) Yazid bin Mu`awiyah dikatakan seorang yang zalim, jahat, tamak dan gila kuasa.

Ustadz Ahmad Sufyan bin Che Abdullah di dalam tulisannya bertajuk Siapa Yazid bin Mu`awiyah Yang Diburukkan Itu? menulis:

Yazid bin Muawiyah bin Abi Sufyan, ialah khallifah Islam yang ke-7 selepas Muawiyah r.a. daripada kalangan kaum Arab Quraysh. Itu jika dikirakan tempoh khalifah Hasan bin Ali r.a sebagai khalifah, walaupun sekejap. Yazid dilahirkan pada tahun 26 Hijrah semasa bapanya, menjadi gabenor Sham di bawah pemerintahan Sayyidina Uthman. Justeru, Yazid bukanlah sahabat Nabi s.a.w. Namun untuk memburukan beliau, lebih baik berhati-hatilah.

Menurut Sheikh Muhammad Khudari Bik, pengarang buku “Itmam al-Wafa’ fi Sirah al-Khulafa’” yang terkenal itu, pelantikan Yazid sebagai khalifah telah dbuat pada zaman Muawiyah r.a setelah muawiyah mengambil pandangan daripada seluruh bandar taklukan Islam ketika itu. Ini terbukti menyanggah fitnah jahat musuh Islam bahawa Muawiyah adalah pengasas sistem monarki beraja. Pada waktu itu, ramai lagi sahabat Rasululah yang terkemuka yang masih hidup seperti Ibn Abbas, Ibn Umar, isteri nabi Aisyah dan ramai lagi.

Menurut Muhammad al-Khudari lagi, pelantikan Yazid, setelah pandangan para sahabat diambil, lalu diberikan taat setia oleh sebilangan besar sahabat, kecuali beberapa orang sahaja, iaitu Abdullah Ibn Zubayr r.a. dan Husayn bin Ali r.a.

Logiknya, para sahabat Rasulullah s.a.w tidak akan merestui sekiranya seorang khalifah itu jahat dan zalim atau jahil. Ini kerana syarat untuk menjadi khalifah bukanlah sebarangan kerana syaratnya adalah ketat. Bahkan seorang mujtahid dalam bidang agama.

Muhammad bin Ali bin Abi Talib al-Hanafiyah r.a (anak Khalifah Ali r.a. yang paling alim), sepertinya dinyatakan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah, mengatakan bahawa Yazid adalah seorang yang sangat baik dan soleh bahkan sangat menjaga sembahyangnya, juga seorang yang berpegang teguh kepada sunnah.

Ini membuktikan bahawa Yazid bukanlah seburuk yang digambarkan sejarah. Sekalipun kita juga tidak mengganggap Yazid sebagai seorang yang terbaik di kalangan mereka atau tidak pernah melakukan kesilapan.

Beliau menambah:

Ummu Haram menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Tentera pertama yang berperang menggunakan jalan laut telah pasti akan mendapat Syurga Allah. Kata Ummu Haram, “Adakah aku termasuk di kalangan mereka?” Rasulullah menjawab, “Ya, kamu di kalangan mereka”, Nabi s.a.w berkata lagi, “dan pasukan tertera terawal di kalangan umatku yang menyerang negara Qaisar (Konstantinopel), maka telah diampunkan bagi mereka dosa-dosa mereka. Ummu Haram bertanya lagi, “aku termasuk di kalangan mereka?” Rasulullah s.a.w berkata, “Tidak” [Bukhari, Kitab Jihad, No 2707/ Muslim, Kitab Imarah, 3535].

Dan sejarah membuktikan bahawa tentera pertama yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu adalah Yazid bin Muawiyah. Yazidlah yang mengetuai bala tentera menyerang konstentipel buat pertama kalinya. Yazidlah termasuk dalam golongan yang diampunkan dosa-dosanya. Adakah orang yang diisyaratkan Rasulullah ini boleh disifatkan sebagai kejam dan zalim??

Maulana Asri di dalam artikelnya bertajuk Syiah Pembunuh Sayyidina Husain di Karbala menulis mengenai Yazid bin Mu`awiyah:

Pendapat tokoh-tokoh dari kalangan sabahat dan tabi’in yang sezaman dengan Yazid berdasarkan riwayat-riwayat yang muktabar dan sangat kuat kedudukannya menjelaskan kepada kita bahawa Yazid adalah seorang anak muda yang bertaqwa, alim, budiman, saleh dan pemimpin ummah yang sah dan disepakati kepemimpinannya. Baladzuri umpamanya dalam “Ansabu Al Asyraf” mengatakan bahawa, ” Bila Yazid dilantik menjadi khalifah maka Abdullah bin Abbas, seorang tokoh dari Ahlul Bait berkata : ” Sesungguhnya anaknya Yazid adalah daripada keluarga yang saleh. Oleh itu tetaplah kamu berada di tempat-tempat duduk kamu dan berilah ketaatan dan bai’ah kamu kepadanya” (Ansabu Al Asyraf, jilid 4, m.s. 4).

Sejarawan Baladzuri adalah di antara ahli sejarah yang setia kepada para Khulafa’ Abbasiah. Beliau telah mengemukakan kata-kata Ibnu Abbas ini di hadapan mereka dan menyebutkan pula sebelum nama Yazid ‘ Amirul Mukminin’.

Abdullah Ibn Umar yang dianggap sebagai orang tua di kalangan sahabat pada masa itu pula bersikap tegas terhadap orang-orang yang menyokong pemberontakan yang dipimpin oleh Ibn Zubair terhadap kerajaan Yazid dan sikap yang begini disebut di dalam Sahih Bukhari bahawa, bila penduduk Madinah membatalkan bai’ah mereka terhadap Yazid bin Muawiyah maka Ibn Umar mengumpulkan anak pinak dan sanak saudaranya lalu berkata,
” Saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, ” Akan dipacakkan bendera untuk setiap orang yang curang (membatalkan bai’ahnya) pada hari kiamat. Sesungguhnya kita telah berbai’ah kepadanya dengan nama Allah dan RasulNya. Sesungguhnya saya tidak mengetahui kecurangan yang lebih besar daripada kita berbai’ah kepada seseorang dengan nama Allah dan RasulNya, kemudian kita bangkit pula memeranginya. Kalau saya tahu ada sesiapa daripada kamu membatalkan bai’ah kepadanya dan turut serta di dalam pemberontakan ini, maka terputuslah perhubungan di antaraku dengannya”. (Sahih Bukhari -Kitabu Al Fitan)

2) Yazid bin Mu`awiyah dikatakan membunuh cucu Nabi yang bernama Husain bin `Ali, radhiAllahu `anhuma.

Dalam artikel yang sama di atas, Ustadz Ahmad Sufyan bin Che Abdullah menjelaskan:

Yazid dikatakan sangat kejam sehingga dituduh membunuh sahabat dan juga cucu Rasulullah, Husayn. Kita sedia maklum bahawa Husayn juga ada melakukan pemberontakan terhadap khalifah Yazid, tetapi dalam menghormati sahabat Rasulullah, Yazid tidaklah sekejam itu seperti ditulis oleh majoriti penulis sejarah. Sarjana hadis Islam menolak sekeras-kerasnya fitnah tersebut.

Ibn Kathir dalam buku sejarahnya yang masyhur, al-Bidayah wa al-Nihayah berkata, “.. Ibn Asakir telah melaporkan banyak cerita yang mencerca Yazid Bin Muawiyah tetapi semuanya ternyata palsu..”

Ibn al-Solah, seorang ulama’ hadis yang masyhur, juga menjelaskan bahawa semua cerita tentang pembunuhan Husayn oleh Yazid adalah bohong. Bahkan para sarjana lain seperti Ibn al-Arabi, Imam al-Ghazali, Ibn Khaldun, turut menafikan cerita tersebut. Bahkan mereka menyifatkan Yazid tidak merestui pun, pembunuhan itu.

Dr Mohd Asri di dalam artikel beliau bertajuk Dosa Menyelewengkan Hakikat Sejarah & Fakta menulis:

Adapun peristiwa pembunuhan cucu Nabi s.a.w. Husain bin `Ali r.ahuma tidak ada bukti dia menyuruhnya atau terlibat dengannya. Bahkan ahli sejarah yang adil telah meriwayatkan bahawa beliau telah menangis atas kematian Husain dan melaknat pembunuhnya. Penduduk Syam yang hadir turut menangis bersamanya. Bahkan hubungan baik Yazid dan anak Saiyyidina Husain iaitu `Ali bin Husain berterusan selepas itu. Mereka sering mengutus surat menyurat antara mereka. Bahkan `Ali bin Husain menganggap yang membunuh ayahnya adalah Syi`ah di Kufah yang menjemput ayahnya datang dan menipunya. Cumanya Yazid dipertikaikan kerana tidak membunuh balas terhadap pembunuh Husain. Kata Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak sahih di sisi kami bahawa Yazid memerintahkan agar dibunuh Husain r.a. Riwayat mereka yang dipercayai menyetakan perintah membunuh al-Husain datang dari orang yang mengepalai pembunuhannya iaitu `Ubaid Allah bin Ziyad, gabenor Iraq ketika itu” (Ibn Tulun, Qaid al-Syarid min Akhbar Yazid m.s. 57, Kaherah: Dar al-Sahwah).

Di dalam artikel bertajuk Menjaga Ketulenan Sejarah Islam, Ustadz Mohd Yaakub bin Mohd Yunus menulis sebagai berikut:

Arahan sebenar Yazid kepada Ubaidullah bin Ziyad hanyalah untuk memantau atau memerhatikan sahaja pergerakan Saidina Husain dan penduduk Kufah. Yazid telah berkata: “Saya mendapat tahu bahawa Hussain telah menuju ke Iraq. Oleh itu berkawallah di kawasan-kawasan perbatasan negeri. Sesiapa yang diragui, tahanlah dia dan sesiapa yang tertuduh tangkaplah dia. Tetapi jangan engkau perangi kecuali orang yang memerangi mu dan tulislah selalu kepada ku tentang apa yang berlaku.” – Al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid 8, ms. 165.

Tindakan Yazid bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami bagi mereka yang arif dalam bidang pemikiran politik. Mana-mana pemimpin pasti akan berwaspada sekiranya terdapat ura-ura bahawa pemberontakan bakal terjadi dan ianya bukan sahaja boleh menggugat tampuk pemerintahannya malah akan menggugat kestabilan politik umat Islam pada masa itu. Namun Ubaidullah bin Ziyad telah bertindak melampaui dari arahan sebenar Yazid lantas menyerang rombongan Saidina Hussain di Karbala lalu membunuhnya. Dakwaan bahawa Yazid gembira di atas kematian Saidina Hussein dan beliau meletakkan kepala Saidina Hussein yang dipenggal di atas tombak serta diarak keliling kota Baghdad juga merupakan kisah palsu rekaan golongan Syi’ah bertujuan untuk mencemar imej Yazid dan golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Yazid sebenarnya amat dukacita dengan tragedi pembunuhan Hussain. Yazid juga telah memuliakan ahli rombongan Hussain yang terselamat dalam peristiwa Karbala tersebut dan mengarahkan tenteranya untuk mengiringi mereka agar selamat kembali ke Madinah.

Dan Maulana Muhammad Asri di dalam artikelnya yang bertajuk Syiah Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala pula menulis mengenai pembunuh sebenar Husain bin Ali sebagaimana berikut:

Bukti pertamanya ialah pengakuan Syiah Kufah sendiri bahawa merekalah yang membunuh Sayyidina Husain. Golongan Syiah Kufah yang mengaku telah membunuh Sayyidina Husain itu kemudian muncul sebagai golongan “At Tawwaabun” yang kononnya menyesali tindakan mereka membunuh Sayyidina Husain. Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Thur Sina.

Air mata darah yang dicurahkan oleh golongan “At Tawaabun” itu masih kelihatan dengan jelas pada lembaran sejarah dan tetap tidak hilang walaupun cuba dihapuskan oleh mereka dengan beribu-ribu cara.

Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka masing-masing. Baaqir Majlisi menulis :

“Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, ” Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh “Ketua Pemuda Ahli Syurga” kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa”. (Jilaau Al’Uyun, m.s. 430)

Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalisu Al’Mu’minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Sayyidina Husain terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, ” Kita telah memanggil Sayyidina Husain dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita “. Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, ” Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu “. (Al Baqarah :54). Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran “At Tawaabun”.

Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin Rab’ie di dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab’ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Sayyidina Ali di dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Sayyidina Husain. Dialah juga yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?

Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Sayyidina Husain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Sayyidina Husain. (Jilaau Al’Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37)

Adakah masih ada orang yang ragu-ragu tentang Syiahnya Syits bin Rab’ie dan tidakkah orang yang menceritakan perkara ini ialah Mulla Baaqir Majlisi, seorang tokoh Syiah terkenal ? Secara tidak langsung ia bermakna pengakuan daripada pihak Syiah sendiri tentang pembunuhan itu.

Lihatlah pula kepada Qais bin Asy’ats ipar Sayyidina Husain yang tidak diragui tentang Syiahnya tetapi apa kata sejarah tentangnya? Bukankah sejarah mendedahkan kepada kita bahawa itulah orang yang merampas selimut Sayyidina Husain dari tubuhnya selepas selesai pertempuran ? (Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 192)

Selain daripada pengakuan mereka sendiri yang membuktikan merekalah sebenarnya pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain, kenyataan saksi-saksi yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain sebagai saksi-saksi hidup di Karbala yang terus hidup selepas peristiwa ini juga membenarkan dakwaan ini termasuk kenyataan Sayyidina Husain sendiri yang sempat dirakamkan oleh sejarah sebelum beliau terbunuh. Sayyidina Husain berkata dengan menujukan kata-katanya kepada orang- orang Syiah Kufah yang siap sedia bertempur dengan beliau:

” Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud- maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-mush di dalam menentang kami “. (Jilaau Al’ Uyun, ms 391).

Beliau juga berkata kepada Syiah:

“Binasalah kamu! Bagaimana boleh kamu menghunuskan perang dendammu dari sarung-sarungnya tanpa sebarang permusuhan dan perselisihan yang ada di antara kamu dengan kami? Kenapakah kamu siap sedia untuk membunuh Ahlul Bait tanpa sebarang sebab? ” (Ibid).

Akhirnya beliau mendoakan keburukan untuk golongan Syiah yang sedang berhadapan untuk bertempur dengan beliau:

“Ya Allah! Tahanlah keberkatan bumi dari mereka dan selerakkanlah mereka. Jadikanlah hati-hati pemerintah terus membenci mereka kerana mereka menjemput kami dengan maksud membela kami tetapi sekarang mereka menghunuskan pedang dendam terhadap kami “. (Ibid)

Beliau juga dirakamkan telah mendoakan keburukan untuk mereka dengan kata-katanya: “Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat……..Kamu akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang di atas tubuhmu dan mukamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan mendapat keberuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untukmu di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya”. (Mulla Baqir Majlisi-Jilaau Al’Uyun, m.s. 409).

Nah, itulah beberapa nukilan yang sempat saya lakukan hasil merujuk kepada beberapa penulisan buat pencerahan kepada diri saya dan tuan/puan yang sudi membacanya. Ternyata ada versi yang berbeza di antara sejarah yang dihidangkan kepada masyarakat dengan kajian-kajian ulama yang kita percayai akan amanah dan imannya. Sewajarnya kita bertawaqquf (berhenti) daripada menyebarkan kisah keburukan Yazid bin Mu`awiyah kerana di sana ada percanggahan fakta dan terdapat unsur fitnah kepada beliau yang merupakan Amirul Mukminin yang telah dibai`ah oleh sekalian kaum muslimin dan sahabat-sahabat Nabi, radhiAllahu `anhum.

Semoga ALLAH Ta`ala mengampunkan kekhilafan yang wujud antara Yazid bin Mu`awiyah, `Abdullah bin Zubair, Husain bin Ali dan lain-lain tokoh Islam sepanjang zaman jika benar mereka ada kesilapan kerana tiada manusia yang tidak silap. Dan semoga ALLAH Ta`ala mengampunkan saya dan kita semua yang pastinya sangat banyak kesilapan dan dosa-dosa, amin…

ALLAHU A`LAM.

sumber

Wednesday, 12 November 2014

Siapakah sebenarnya Bahlol?



Perkataan 'Bahlul' sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat setempat terutamanya untuk menyatakan seseorang itu bodoh atau lurus bendul. Tapi tahukah anda asal usul perkataan Bahlul itu sendiri? Tahukah anda yang sebenarnya asal-usul orang-orang terdahulu melemparkan perkataan 'Bahlul' kepada seseorang itu adalah sebagai satu doa yang baik?

Bahlul merupakan satu perkataan yang berasal dari arab dan ia berasal dari satu nama jolokan yang diberikan kepada seseorang yang bernama Wāhab ibn Amr. Wahab ibn Amr atau Bahlul hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyidin. Sebenarnya Wāhab ibn Amr terkenal sebagai seorang hakim dan juga ilmuan Islam pada zamannya. Dia dikenali sebagai Bahlul kerana dia telah meninggalkan kekayaannya dan hidup dengan gaya yang selekeh.

Terdapat banyak kisah-kisah yang memaparkan kebijaksanaan Bahlul sendiri. Disini kami paparkan tiga cerita berkenaan bahlul.

Cerita 1

Pada suatu hari, Khalifah Harun Al-Raysid bersama isterinya lalu dihadapan Bahlul yang sedang membuat rumah dari tanah liat. Maka Harun berlakukan dialog antara Al-Rasyid, isterinya dan Bahlul.

Harun : Hey Bahlul, kau buat apa?

Bahlul : Aku sedang buat rumah rumah syurga.

Isteri Harun : Boleh aku beli?

Bahlul : Boleh..

Isteri Harun : Berapa?

Bahlul : 10 Dirham

Isteri Harun membayar jumlah tersebut kepada Bahlul.

Harun : Kau dah kena tipu hidup-hidup dengan Bahlul.

Pada malamnya Harun Al-Rasyid bermimpi satu rumah besar yang tersangat cantik yang tertulis nama isterinya, Siti Zubaidah di dalam syurga. Harun cuba untuk masuk ke dalam rumah itu tetapi dihalang oleh pengawal di rumah itu.

Harun : Ini rumah isteri aku.

Pengawal : Memanglah, tapi ini bukan rumah kau.

Bangun pada pagi berikutnya Harun Al-Rasyid bangun dan kelam kabut pergi mencari Bahlul.

Harun : Bahlul, aku nak beli rumah kau.

Bahlul : Boleh.

Harun : Berapa?

Bahlul : 10,000 Dirham.

Harun : Eh, kenapa semalam 10 Dirham?

Bahlul : Semalam kau tak nampak..Hari ni kau dah nampak!

Cerita 2

Pada suatu hari, Harun Al-Rasyidin memberikan Bahlul sebatang kayu dan berkata, "Batang kayu ini ya Bahlul, milik seorang lelaki yang paling bodoh atas muka bumi ini. Jika kamu terjumpa dengan seorang lelaki yang lebih layak memiliki kayu ini lebih dari kamu, berikanlah kepadanya". Dan Bahlul menjadi bahlul mengambil batang kayu tersebut.

Beberapa tahun selepas itu, Harun Al-Rasyid jatuh sakit dan tak ada sebarang ubat-ubatan yang boleh menyembuhkannya. Bahlul datang untuk melawan Harun Al-Rasyid untuk bertanya khabar dan terjadi satu perbualan yang menakjubkan.

Harun : Tak ada apa yang boleh menyembuhkanku!

Bahlul : Kau mahu ke mana?

Harun : Aku akan pergi ke dunia lain.

Bahlul : Kedunia lain? Berapa lama kau akan pergi? Bila kau akan balik?

Harun : O Bahlul! Tak ada siapa yang akan kembali selepas ke dunia itu.

Bahlul : Jadi kau mesti dah buat persiapan rapi untuk perjalanan ini. Perjalanan yang kekal. Kau dah siapkan tentera untuk tunggu kedatangan kau? Sebagai persiapan apabila kau sampai disana?

Harun : Tak ada yang pergi dengan kau Bahlul. Dan aku tak membuat sebarang persiapan.

Bahlul : Ya Amirul Mukminin, sebelum ini kau menghantar tentera sebagai persiapan rapi untuk satu perjalanan yang hanya berjumlah sehari dua! Dan kini kau akan pergi ke satu tempat yang kau akan tinggal disitu selamanya. Dan kau tidak membuat sebarang persiapan untuk menghadapinya?

Bahlul : Nah ambil batang kayu ini. Nampaknya aku dah jumpa seseorang yang lebih layak untuk memilikinya.

Cerita 3

Berikut pula adalah kisah Bahlul dengan Sheikh Junid, seorang ulama sufi dan juga wali Allah. Satu hari Syeikh Junid Al-Baghdadi bertemu Bahlul lalu meminta nasihat. Bahlul lalu bertanya:

Bahlul: Bagaimana kamu makan?

Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan Sunnah dan doa2 makan)

Bahlul: Bagaimana kamu berpakaian?

Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan sunnah dan doa berpakaian)

Bahlul: Bagaimana kamu tidur?

Junid: (Menerangkan adab2 tidur mengikut sunnah dan doa2 tidur)

Bahlul: Sebenarnya jawapan2 kamu tidak tepat. Sekiranya kamu makan mengikut adab dan doa sekalipun tapi sekiranya makanan itu dari sumber yang haram buat apa? Sekiranya kamu berpakaian dengan adab dan doa tapi tidak menutup aurat serta sumbernya adalah haram buat apa? Sekiranya kamu tidur dengan adab dan doa tapi di hatimu masih menyimpan dendam dan kebencian sesama Muslim buat apa?

Menurut dari tiga cerita ini jelas sekali Bahlul bukanlah seorang yang bodoh atau lurus bendul. Dia sebenarnya bijak dan juga sarkastik. Sedangkan Sheikh Junaid sendiri pun datang mengadap Bahlul untuk mendapatkan nasihat dan dari cerita yang ketiga jelas Bahlul ini seorang wali Allah.

Suatu ketika Khalifah Harun al Rasyid yang sedang meminum arak, bertanya kepada Bahlul al Majnun yang datang berkunjung kepadanya mengenai arak.

Sang Khalifah bertanya kepada Bahlul, “Apakah haram memakan anggur?” Bahlul menjawab, “Tidak”

Sang Khalifah bertanya lagi, “Bagaimana jika, setelah memakan anggur, seseorang itu meminum air?” Bahlul menjawab, “Tidak ada masalah”

“Setelah memakan anggur dan meminum air, seseorang itu berjemur di bawah mentari?” tanya Sang Khalifah lagi. Bahlul menjawab, “Tidak ada masalah”

Sang Khalifah kembali bertanya, “Lalu, mengapa apabila anggur dicampur air yang dibiarkan di bawah mentari bagi tempoh tertentu menjadi haram?”

Bahlul kembali bertanya kepada Sang Khalifah, “Apabila tanah diletakkan di atas kepala seseorang, apakah ada bahayanya?” Sang Khalifah menjawab, “Tidak”

Bahlul menyambung lagi pertanyaannya, “Setelah itu, air disiram ke atas tanah di kepala itu, apakah akan mengakibatkan kesakitan?” Sang Khalifah menjawab, “Tidak”

Bahlul lalu menyoal lagi, “Dan jika tanah itu digaul dengan air untuk dibuat bata, lalu dilontarkan ke kepala seseorang, apakah akan menyebabkan kesakitan?” Sang Khalifah menjawab, “Benar, bahkan akan mencederakan kepalanya”

Bahlul lalu menjelaskan, “Sepertimana tanah dan air yang diadun untuk menjadi bata bisa mencelakai seseorang, begitulah juga campuran anggur dan air yang menjadi sesuatu yang memudharatkan yang oleh syariah dilarang dan ditetapkan sebagai tidak suci. Meminum arak membawa kemudharatan dan peminumnya wajib dihukum”.

Sang Khalifah berasa sangat tertekan dengan jawaban Bahlul, lalu mengarahkan pelayannya membawa pergi arak tersebut.

Cerita 4

Tersebutlah kisah, pada masa Bahlol tersebut, berlaku satu kemarau yang sangat dahsyat. Habis segala ulama disuruh oleh Khalifah supaya melakukan solat minta hujan (Istisqa’). Maka turunlah segala ulama, solat hajat beramai-ramai, tetapi malangnya hujan tidak turun-turun juga. Khalifah pun berasa sungguh hairan. Lalu dipanggillah menteri-menteri baginda supaya masuk mengadap. Lalu Khalifah pun bertanya:

“Sudah habis semua ulama kita suruh solat hajat minta hujan. Tetapi tidak setitik pun hujan turun. Gerangan apakah yang perlu kita buat lagi, wahai memanda menteri ?”.

Lalu salah seorang menteri pun menjawab, “Tuanku, ada sorang lagi yang kita tidak panggil”

“Siapa ?”, tanya Khalifah.

“Bahlol”, jawab menteri tersebut.

“Bahlol pun Bahlollah, arah segera supaya dia membuat solat hajat meminta hujan”

Lalu dengan segera Bahlol dititahkan supaya melakukan solat hajat meminta hujan. Maka Bahlol pun segera pergi ke masjid. Pada masa itu orang-ramai sudah ramai yang berkumpul.

Tiba-tiba, Bahlol naik ke atas mimbar, lalu ditunjukkan jarinya ke langit seraya berdoa, ”Ya Allah, turunkanlah hujan”. Tidak ada solat apa pun.

Pada masa itu juga, hujan turun dengan lebat. Cepat sungguh Allah mengkabulkan permintaan wali-Nya.

Hari ini penggunaan perkataan bahlul telah disalah ertikan oleh masyarakat yang menggunakanan perkataan itu untuk menyatakan seseorang itu bodoh. Sebenarnya perkataan itu dilemparkan oleh orang-orang tua kepada seseorang seperti ibu kepada anak adalah sebagai satu doa yang baik. Mengharapkan orang itu menjadi seperti Bahlul. Namun apabila lama kelamaan perktaan itu disalah ertikan oleh masyarakat kita. Wallahualam.

Monday, 27 October 2014

Pemandangan Masjidil Haram sekitar tahun 1947

Pintu Al Abbas
al abbas gate

823497_10152362474268094_1879348501232372315_o

Kawasan Mataf

haram courtyard

Banyaknya burung - dipercayai merpati

haram

Tidak perlu berbaris untuk mengucup Hajarul Aswad

kaba

Bangunan yang di mana sebelah bawahnya terletaknya Telaga Air Zam Zam

zamzam building

Bangunan di dalamnya ada Makam Ibrahim

maqam ibrahim

RAHSIA YANG TERBONGKAR WONG FEI HUNG ADALAH SEORANG MUSLIM




Rupanya Wong Fei Hung Adalah Ulamak Hebat | Wong Fei Hung (Faisal Hussein Wong) ternyata muslim dan ia adalah ulama yang jaguh kungfu dan juga seorang tabib.

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam  filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, watak Wong Fei Hung dimainkan oleh pelakon terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, ahli perubatan dan ahli bela diri legenda yang namanya dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah negara China.

Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan identiti Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi,bila dibahasa Arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli bela diri tradisional Tiongkok (wushu / kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu peringkat tertinggi. Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung.

Kedudukan Harimau Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung. Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik bela diri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu.

Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan keluarga Wong. Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan.

Walau begitu, keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang  dengan sungguh sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Kerajaan Ch’in yang rasuah dan penindas. Kerajaan Ch’in ialah kerajaan yang merobohkan kekuasaan Kerajaan Yuan yang memerintah sebelumnya.

Kerajaan Yuan ini dikenali sebagai satu-satunya Kerajaan Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat pertahankan diri sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan handalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintahan Kerajaan Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan Kerajaan penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kenalinya sebagai Korea).

Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, England, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya menghalau pendudukan Kerajaan Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan bela diri terkemuka.

Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan ilmu  pertahankan diri semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal namun cekap yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan  Jurus Sembilan Pukulan Khusus.

Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jaguh pelabuhan berbadan tegap dan kejam di Canton.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai ujian. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu kejadian pergaduhan dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal  dalam usia muda.

Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk  hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat.

Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang Muslim selain mati Syahid.

Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi Muslim yang hidup setelahnya. .. Aamiin ..

Wallahualam


sumber