Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Saturday, 22 November 2014

Hikmah rambut beruban

SELALU ada yang tak pernah terpikirkan oleh akal biasa kita sebagai manusia yang hidup di zaman penuh teknologi kita menyangkut hampir semua perintah Rasulullah yang menyangkut ilmu pengerahuan. Misalnya saja, larangan seorang Muslim yang tidak boleh minum sambil berdiri. Atau harus tidak dengan posisi tertentu. Begitu juga dengan keajaiban yang tersimpan di setiap helai rambut yang sudah memutih, alias uban.
Hadits dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban—walaupun sehelai—dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatukebaikan dan akan meninggikan derajatnya,” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadits ini hasan).
Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah, yang lebih dikenal dengan Ibnu Hibban, dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadits yang menceritakan bahwa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.”
Lalu Ibnu Hibban membawakan hadits berikut. 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 

“Janganlah mencabut uban karena uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu derajat,” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan).
Nah, di tahun 2012, Ismael Galvan Galvan dari Museo Nacional de Ciencias Naturales, Spanyol melakukan studi, tentang uban. Dari hasil para peneliti itu, ternyata uban merupakan tanda Anda akan memiliki hidup panjang dan sehat. Namun kabar buruk bagi Anda yang memiliki rambut merah, karena ini terkait tingkat yang lebih tinggi untuk mengidap kanker.
“Pada manusia, melanin kulit, rambut dan bulu merupakan jenis yang sama. Hal ini membatasi pengetahuan pada konsekuensi fisiologi pigmentasi,” kata Galvan.
Uban menandakan absennya melanin. Artinya, uban merupakan tanda hidup yang sehat.
“Jauh dari tanda terkait penuaan, uban mengindikasikan kondisi yang baik,” pungkasnya. Jadi, Anda sudah berubah? Subhanallah… [sa/islampos/dailymail]

Thursday, 2 October 2014

Makanan untuk minda

Ramai mengang­gap untuk menjadi cerdik dan genius, seseorang perlu bergantung kepada tahap IQ dan kepintaran semata-mata. Ini tidak benar sama sekali kerana kajian Universiti California, Los Angeles, Amerika Syarikat membuktikan pemakanan sangat penting untuk kecerdasan minda.
Kajian itu mendapati, sel otak hanya berhubung dengan cekap apabila dibekalkan dengan tenaga mencukupi iaitu makanan.

Ada beberapa jenis makanan yang anda boleh ambil untuk perkembangan sel otak antaranya:


GINKGO mempunyai bahan antioksidan yang baik untuk badan.

Ginkgo Biloba

Ia adalah herba semula jadi bagi membantu merawat pesakit yang kehilangan ingatan akibat usia tua dan penyakit Alzheimer. Herba ini menggalakkan pengaliran darah dan oksigen ke otak. Ia adalah antioksidan terbaik dan ramuan di dalam makanan tambahan.


Daun pegaga

Daun pegaga mengandungi triterpenoid glikosida yang kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi untuk menguatkan ingatan, melancarkan peredaran darah dan melegakan ketegangan akibat tekanan.

Penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed mendapati jika digunakan sebagai ulam-ulaman, ia membantu meningkatkan pengawalan saraf dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya.

Ia juga membantu meningkatkan penumpuan fikiran dan daya ingatan.




Choline

Ia adalah nutrisi penting untuk keupayaan minda terutama kanak-kanak. Ia boleh diperoleh daripada telur, kekacang, sayur brokoli, soya dan yogurt. Bahan aktif bernama phosphati-dylserine di dalam choline menggalakkan fungsi otak berkembang dengan baik serta mengurangkan risiko nyanyuk dalam kalangan orang dewasa.


Kaedah Agama

Anda juga boleh mencuba kaedah diamalkan ulama silam untuk menguat-kan ingatan. Ulama seperti Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Bukhari mempunyai daya ingatan menakjubkan sehingga boleh menghafal 30 juzuk al-Quran dan puluhan ribu hadis muktabar. Anda juga boleh mencuba amalan berikut:

1. Amalkan doa daripada al-Quran seperti daripada Surah Taha ayat 25-28, Surah Al-Anbiya’ ayat 79, Surah Luqman dan Surah al-Isra’ ayat 70.

2. Menjauhi dosa dan maksiat.

3. Amalkan berpuasa sunat.

4. Memperbanyak zikir, tasbih, tahmid, takbir dan tahlil.

5. Menghormati guru dan ilmu yang disampaikan.

sumber

9 khasiat herba tradisional

Herba adalah tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai bahan perasa, makanan, perubatan dan wangian. Dalam aspek perubatan, beberapa bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun, akar, bunga, biji benih dan batang digunakan untuk mengubati sesuatu penyakit.

Masalah berkaitan de­ngan kulit, sistem pencernaan dan berat badan dapat dibantu dengan penggunaan herba.

Herba semula jadi ini membantu menyembuhkan senggugut, bisa-bisa dalam badan, membantu memperbaiki kitaran haid tak menentu, dijadikan mi­nyak urut untuk wanita baru bersalin, memulihkan sakit sendi dan juga lenguh badan.

Lebih menarik apabila mengetahui bahawa herba ini senang ditemui dan mudah didapati di persekitaran kita. Sebut sahaja halia bara, lengkuas, buah pala, serai, limau purut, daun pudina, cengkih dan avokado pasti anda pernah menjumpai.



LIMAU purut, lengkuas, serai memang baik untuk menyembuh pelbagai jenis penyakit.


Buah pala buang angin dan kurangkan tekanan darah tinggi.

Buah pala atau nama saintifiknya Myristica fragrans Linn sering digunakan sebagai ubatan tradisional. Buahnya boleh dibuat jeruk manakala pucuknya dijadikan ulam dan dimakan bersama nasi.

Buah pala baik untuk membantu mengubati penyakit tekanan darah tinggi serta mengeluarkan angin dari dalam perut.


Minyak kayu putih penyembuh kulit

Kayu putih atau nama saintifiknya melaleuca cajuputi powell mempunyai pelbagai khasiat daripada minyaknya. Selain mengeluarkan bau wangi, minyak kayu putih membantu menyembuhkan penyakit kulit dengan khasiat vitamin E.

Ia mengurangkan sakit sendi, menenangkan fikiran dan menghilangkan parut atau 'stretch mark‘ pada badan.


Lengkuas lancarkan peredaran darah

Lengkuas atau dikenali dengan nama Alpinia Galanga mengandungi bahan antioksida semulajadi yang membantu meminimumkan kerosakan disebabkan radikal bebas dan racun lain di dalam tubuh. Selain itu, lengkuas mampu meningkatkan peredaran darah di dalam tubuh. Peredaran darah yang lancar akan mengekalkan jantung sihat.

Ingin mencegah mabuk laut dan mual? Kunyah beberapa hiris lengkuas segar dan rasa mual akan hilang dengan cepat. Masalah kulit juga dapat dipulihkan dengan lengkuas. Masalah seperti panau dan ekzema mampu diatasi kerana leng­kuas mengandungi bahan kimia semula jadi yang mampu menghapus bakteria pada permukaan kulit.


Limau purut untuk kecantikan kulit dan rambut

Limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix ini tidak kurang hebatnya dan sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Ia mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Limau purut dapat membantu merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta mengurangkan masalah kelemumur. Ambil sebiji buah limau purut, belah dua dan sental pada permukaan kulit kepala. Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.


Serai untuk melangsingkan tubuh

Serai atau nama saintifiknya Cymbopogon citratus selalu digunakan dalam masakan seharian dan juga dalam pembuatan minyak wangi.

Bahan antibakteria serta elemen detoksifikasi yang terkandung di dalam serai boleh membantu menurunkan berat badan dan membuang lemak.

Kajian University Gurion di Israel mendapati 100 gram serai yang mengandungi bahan antikoksidan membantu mengelak kanser.


Buang angin dengan halia

Halia telah digunakan sebagai bahan penambah rasa di dalam makanan sejak zaman-berzaman. Ia biasanya bermanfaat untuk mengurangkan masalah tidak hadam, angin di dalam perut serta memperbaiki saluran usus.

Kajian saintifik mendapati halia mengandungi sifat-sifat teraputik yang menghalang pembengkakan dan kesan antioksidan.

Halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah.

Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Juga, hasil kajian dari University of Michigan Medical School mendapati bahawa akar halia baik untuk mengurangkan simptom kanser kolon serta membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain.


Daun pudina untuk kebaikan luaran dan dalaman

Pudina atau nama saintifiknya Mentha Pipenta dikenali mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan terutama daunnya. Dengan sifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Daun pudina baik untuk mengurangkan masalah ketidakhadaman, sakit kepala, jerawat, masalah mulut, asma, masalah haid wanita dan mengurangkan masalah kemurungan. Tidak hairanlah apabila pudina banyak digunakan dalam ubat gigi, ubat batuk dan ubat kumur untuk penjagaan harian.


Sembuhkan batuk dan sakit gigi dengan cengkih

Manfaat cengkih untuk kesihatan telah terkenal sejak berzaman lagi. Bagi kaum cina, cengkih digunakan untuk menghilang­kan nafas berbau dan bagi pengamal perubatan Ayurveda pula sering menggunakan cengkih sebagai teh. Ia baik untuk mengurang­kan masalah sakit gigi dan gusi.

Cuba letakkan dua batang cengkih ke dalam mulut anda. Biarkan cengkih lembut dan gigit perlahan-lahan untuk melepaskan kandungan minyak di dalamnya.

Seterusnya, gerakkan cengkih ke bahagian gigi yang sakit dan biarkan selama 30 minit. Minyak cengkih ini berfungsi untuk melawan bakteria.


Avokado untuk kecantikan wajah

Avokado mempunyai kandungan lemak tidak tepu yang baik untuk membaiki ton kulit. Minyak ini penting untuk melembapkan kulit supaya kelihatan sihat dan lembut apabila disentuh.

Avokado juga melindungi kulit dari kedutan dan jeragat. Ini kerana kandu­ngan vitamin E yang tinggi di dalam avokado menghalang daripada sinaran cahaya UV yang berbahaya serta vitamin C yang membantu pembentukan elastin dan kolagen untuk memastikan keanjalan kulit.

Dengan sembilan herba ini, anda boleh mendapatkan manfaat kesihatan dengan mudah.

Anda boleh sediakan sebagai bahan makanan di dalam sajian anda atau dimakan begitu saja.

Kini, untuk memperolehi kulit yang cantik dan badan yang sihat tidaklah sesukar mana dengan herba-herba yang memang ada di sekeliling kita.

sumber