Seorang
lelaki berusia 80 tahun dipercayai telah pun hidup bersama pepijat di
rumahnya selama lebih 20 tahun dan beliau tidak berasa gatal biarpun
tidak selesa, menurut sebuah akhbar cina Singapura Lianhe Wanbao.
Untuk
membantunya membersihkan rumahnya dari semua pepijat itu, lebih 10
anggota sukarelawan meghabiskan masa lapan jam menyelesaikan kerja-kerja
berkenaan.
Warga emas
itu tinggal seorang diri di sebuah unit rumah sewa di Redhill dan
rumahnya dipenuhi pepijat daripada lantai hingga ke siling dan kelihatan
kotor.
Seorang
daripada anggota sukarela itu Ms Pan, 44, berkata dia telah menyusunkan
tugas 10 sukarelawan itu untuk kerja mengecat dan menggunakan bahan
kimia dan peralatan lain untuk memastikan rumahnya bebas pepijat.
Difahamkan terdapat lebih 10,000 ekor pepijat hidup bersama dengan warga emas itu.
Para sukarelawan terpaksa mengikis cat lama dan dicat dengan yang baru bagi memastikan pepijat tidak kembali membiak.
Selain pepijat, seorang lagi sukarelawan berkata terdapat ulat atau larva lalat di atas meja makannya.
Dia cuba
menggunakan air panas untuk menghilangkan ulat itu tetapi warga emas itu
tidak memiliki cerek air untuk memasak air panas sehingga ia terpaksa
dipinjam dari jiran.
Menceritakan
kisah kali pertama melawat rumah itu, ia kelihatan seperti ‘rumah
hantu’ dan apabila mereka menyapu siling pepijat itu jatuh dan menimpa
mereka.
Ms Pan yang
juga seorang usahawan berkata, pepijat di rumah bukanlah suatu isu yang
luar biasa tetapi apa yang terjadi di rumah warga tua itu merupakan satu
kes yang serius.
Ketika rumah
lelaki itu dilawati oleh wartawan Wanbao, ia kelihatan lebih selesa dan
bersih serta mempunyai ruang yang banyak untuk penghuninya bergerak.
Menurut
seorang Pakar Perubatan Dr Cho, pepijat tidak boleh membawa sebarang
penyakit tetapi bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif ia boleh
mengakibatkan kegatalan.
“Jika
kawasan gatal itu digaru dan ia menjadi luka, seseorang itu boleh
dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian dan berkemungkinan turut diberi
suntikan.
“Untuk menghalang pembiakan pepijat, ada dua cara yang boleh diikuti oleh orang ramai.
“Pertama,
bantal dan tilam yang digunakan bolehlah dijemur secara kerap dan kedua,
setiap bahagian penjuru rumah perlu disembur dengan racun pembunuh
serangga,” katanya.
Sumber mynewshub.my
No comments:
Post a Comment